QISAS
1. Qisas mengikut perundangan Islam ialah suatu hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah yang wajib dilaksanakan bagi menunaikan hak manusia. Qisas juga bererti “potong” yang memberi erti bahawa dengan hukuman qisas akan terpotong jenayah itu dari terus berlaku di dalam masyarakat.
KESALAHAN-KESALAHAN YANG MEWAJIBKAN QISAS
a. Membunuh orang dengan sengaja.
b. Membunuh orang dengan menyerupai sengaja.
c. Membunuh orang dengan tersalah.
d. Melukai orang dengan sengaja dan tidak mati.
e. Melukai orang dengan menyerupai sengaja dan tidak mati.
Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu melaksanakan hukuman qisas (balasan yang seimbang) di dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh.”
(al-Baqarah: 178)
PEMBUNUHAN DENGAN SENGAJA
SYARAT-SYARAT QISAS
a. Pembunuh itu baligh dan berakal. Pembunuh yang belum baligh dan berakal tidak dihukum qisas.
b. Pembunuh, bukan bapa, ibu, datuk dan nenek. Mereka ini tidak dikenakan qisas.
PEMBUNUH MENYERUPAI SENGAJA
PEMBUNUH DENGAN TERSALAH
MELUKAI DENGAN SENGAJA
Firman Allah:
Ertinya: “Dan kami tetapkan atas mereka di dalam kitab itu, bahawasanya jiwa dibalas jiwa dan mata dibalas dengan mata dan hidung dibalas dengan hidung dan telinga dibalas dengan telinga dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itu orang-orang yang zalim.”
(al-Maidah: 45)
SYARAT-SYARAT QISAS
a. Serupa pada anggota yang dipotong, tangan kanan dipotong dengan sebab memotong tangan kanan dan kaki kiri dipotong dengan sebab memotong kaki kiri.
b. Tidak terdapat kecacatan atau kelemahan pada salah satu dua anggota, tangan atau kaki yang sihat tidak dipotong dengan sebab memotong tangan atau kaki yang lemah, sebaliknya pada anggota yang lemah, mencederakan atau memotong anggota yang sihat, maka anggota yang lemah hendaklah dicederakan atau dipotong.
HALANGAN PELAKSANAAN HUKUM QISAS
a. Para wali telah memberi kemaafan. Firman Allah:
Ertinya: “Dan pemaafan itu lebih mendekatkan kepada taqwa dan janganlah kamu melupakan kepada keutamaan di antara kamu sekelian.”
b. Pembunuh telah kembali ke rahmatullah terlebih dahulu tetapi masih wajib membayar gantirugi (diat) dari harta sepeninggalan.
No comments:
Post a Comment