HUDUD
PENGENALAN
1. Pengertian Hudud adalah suatu istilah undang-undang yang bererti: Hukuman-hukuman yang telah ditetapkan oleh syarak yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah s.w.t.
2. Maksud hukum hudud disifatkan sebagai hak Allah kerana hukum hudud diperundangkan dengan tujuan untuk melindungi agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda dari gangguan dan pencerobohan, firman Allah:
Ertinya: “Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan Allah, oleh itu janganlah kamu mencabulinya.”
(al-Baqarah: 229)
3. Contoh-contoh kesalahan yang dihitung sebagai kesalahan yang membolehkan hukuman hudud adalah seperti berikut:
a. Mencuri
b. Merompak
c. Berzina
d. Qazaf (menuduh orang berzina)
e. Meminum Arak
f. Murtad
4. Kesalahan-kesalahan yang tersebut di atas jika didapati oleh mahkamah, maka hukuman-hukuman ke atasnya telah pun ditetapkan oleh syarak. Manusia tidak mempunyai sebarang hak untuk menambah atau meminda atau mengurangkan hukuman itu walaupun sedikit atas nama hudud tersebut. Semuanya itu adalah demikian bentuknya, kerana hukuman hudud itu adalah hak Allah s.w.t. Manusia hanya diperintah untuk melaksanakan sepenuhnya.
JENIS-JENIS KESALAHAN DAN HUKUMANNYA
MENCURI
6. Pengertian mencuri – Ulama fiqh membuat penafsiran mencuri ialah mengambil harta dari tempat simpanan secara sembunyi tanpa pengetahuan dan keizinan dari tuan punya harta. Hukumnya haram dan termasuk dosa besar.
SYARAT-SYARAT DIKENAKAN HUKUM HUDUD KEPADA PENCURI
7. Syarat-syarat dikenakan hukuman hudud adalah seperti berikut:
a. Pencuri baliqh dan berakal. Dengan kemahuan sendiri.
b. Mengetahui mencuri hukumnya haram.
c. Tanpa keizinan tuan punya harta.
SYARAT-SYARAT BARANG YANG DICURI
8. Syarat bagi barang yang dicuri pula ialah:
a. Sekurang-kurangnya ¼ dinar atau suatu barang yang berharga ¼ dinar. Dinar ialah wang emas beratnya 4.25 gram.
b. Disimpan pada tempat simpanan.
c. Tidak bercampur dengan miliknya.
HUKUMAN KEPADA PENCURI
9. Mencuri adalah perbuatan keji yang dicela oleh Allah dan Rasul-Nya, dikutuk oleh masyarakat dan dihina oleh manusia. Pencuri adalah pencabul keperikemanusiaan dan penggugat ketenteraman. Sesuai dengan besarnya kesalahan mencuri itu, walaupun dipandang dari sudut mana sahaja, maka Allah s.w.t telah menetapkan hukumannya dengan firman-Nya:
Maksudnya: “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang telah mereka usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”
(AL-Maidah: 38)
10. Oleh itu melalui firman Allah di atas jelas kepada kita hukuman bagi orang yang mencuri adalah dipotong tangannya. Orang yang mencuri yang cukup syarat-syaratnya setelah dibicara dan sabitlah kesalahannya, maka hendaklah dipotong tangan kanannya pada pergelangan dan barang yang dicuri dikembalikan, jika barang itu tidak ada lagi wajib dibayar harganya.
11. Jika ia mencuri lagi, kakinya yang kiri dipotong pada sambungan mata kaki, jika mencuri lagi tangan kirinya dipotong pada pergelangan, jika mencuri lagi kakinya yang kanan dipotong pada sambungan mata kaki, jika mencuri lagi dihukum dengan takzir
MEROMPAK DAN MENYAMUN
12. Merompak dan menyamun hukumnya adalah haram dan termasuk dosa besar. Kalaulah jenayah mencuri, seperti yang diterangkan telah mendapat peruntukan hukuman potong tangan, maka tentulah kita dapat meramalkan apakah hukuman Allah bagi jenayah merompak dan menyamun pula kerana pekerjaan merompak dan menyamun itu pada lazimnya adalah lebih dahsyat dan lebih kejam dari mencuri sendiri.
Firman Allah:
Ertinya: “Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul dan orang yang membuat kerosakan di muka bumi hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal-balik atau dibuang negeri (tempat kediamannya), yang demikian itu sebagai suatu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat, mereka beroleh seksaan yang besar. Kecuali orang-orang yang bertaubat di antara mereka sebelum kamu dapat menguasai atau menangkap mereka. Maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(al-Maidah: 33-34)
HUKUMAN KEPADA PEROMPAK DAN PENYAMUN
13. Hukuman yang dijatuhkan ke atas perompak dan penyamun adalah mengikut kesalahan yang dilakukan iaitu:
a. Dihukumkan takzir dengan dipenjara atau sebagainya jika ia hanya menakut-nakutkan orang sahaja, tanpa melakukan pembunuhan dan tidak mengambil harta yang menyebabkan si pengambil dihukum dengan hukuman potong tangan.
b. Dihukum mati jika melakukan pembunuhan dengan sengaja dan tidak mengambil harta.
c. Dipotong tangan kanan dan kaki kiri jika ia mengambil harta sekurang-kurangnya ¼ dinar dan tidak melakukan pembunuhan dan dipotong tangan kiri dan kaki kanan jika ia melakukannya lagi.
d. Dihukum bunuh dan mayatnya digantungkan tiga hari jika ia melakukan pembunuhan dengan sengaja dan mengambil harta sekurang-kurangnya ¼ dinar.
14. Penyamun yang bertaubat sebelum tertangkap, maka gugur daripadanya hukuman yang khusus untuk penyamun. Adapun hukuman mengenai qisas kerana membunuh dan pengambilan harta tidak gugur dengan bertaubat.
BERZINA
15. Zina ialah persetubuhan lelaki yang baligh lagi berakal dengan perempuan yang haram disetubuhi dengan tidak ada kesamarannya. Perbuatan zina adalah suatu perbuatan haram dan satu perlakuan yang amat keji dan tergolong di dalam kumpulan dosa-dosa besar.
Firman Allah:
Ertinya: “Dan janganlah engkau hampiri perbuatan zina kerana ia merupakan satu perbuatan yang amat keji dan sejahat-jahat jalan.”
16. Dikatakan zina itu sejahat-jahat jalan kerana menurut kitab tafsir al-Qurtubi; jalan zina adalah jalan ke neraka jahanam. Oleh kerana zina itu amat dikutuk oleh Allah dan Rasul-Nya dan ianya akan menyebabkan kehilangan maruah, merosakkan keturunan, memporakperandakan rumahtangga dan membebankan negara dengan masalah-masalah sosial yang berat dengan anak-anak di luar nikah bertaburan tanpa penjaga dan berbagai-bagai lagi, maka Allah s.w.t telah menetapkan hukuman yang sesuai dengan kesalahan tersebut.
HUKUMAN KEPADA PENZINA
17. Orang yang melakukan perzinaan dijatuhkan hukuman melalui dua cara setelah sabit kesalahannya.
18. Muhsan – Iaitu penzina yang pernah merasai persetubuhan melalui saluran yang sah, baligh dan berakal, maka hukumnya direjam sampai mati, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Orang yang sudah berumur, baik lelaki atau perempuan (wanita) jika dia berzina maka rejamlah mereka sampai mati sebagai balasan dari kelazatan yang dirasai.”
19. Tidak Muhsan – Tidak pernah merasai persetubuhan dengan cara halal, hendaklah dipukul seratus kali dan dibuang negeri selama satu tahun.
Firman Allah:
Ertinya: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka deralah masing-masing mereka seratus kali dera/pukul. Dan janganlah kamu belas kasihan kepada keluarga menghalangi kamu untuk menjalankan agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat dan hendaklah perlaksanaan mereka itu disaksikan oleh sekumpulan orang yang beriman.”
(an-Nur: 2)
HOMOSEKS
20. Perbuatan liwat atau homoseks (persetubuhan sesama lelaki) adalah haram hukumnya.
Firman Allah:
Ertinya: “Dan (kenangilah) Nabi Lut ketika ia berkata kepada kaumnya: Apakah wajar kamu melakukan perbuatan yang amat keji, yang belum pernah dilakukan oleh seseorang pun dari seluruh manusia yang lain sebelum kamu.”
(al-A’raf: 80)
21. Dalam ayat ini Allah menamakan liwat sebagai perbuatan yang amat keji dan Allah telah menyeksa kaum Lut dengan azab yang tidak pernah dijatuhkan ke atas seseorang manusia yang lain. Sehubungan dengan jenayah liwat, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang kamu didapati melakukan liwat seperti yang dilakukan oleh kaum Lut maka hendaklah kamu bunuh yang melakukan liwat dan yang dikenakan liwat ke atasnya.”
22. Mengikut pendapat Imam Syafie mereka yang membuat homoseks baik yang telah merasai perkahwinan secara sah atau tidak dihukum rejam berdasarkan hadith riwayat Bukhari. Dari Ali bahawa ia pernah merejam orang yang berbuat homoseks.
LESBIAN
23. Perbuatan lesbian (persetubuhan sesama perempuan) merupakan perbuatan yang haram. Al-Baihaqi telah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Apabila lelaki mengadakan hubungan kelamin dengan lelaki maka keduanya melakukan perbuatan zina dan jika perempuan mengadakan hubungan kelamin dengan perempuan maka keduanya melakukan perbuatan zina.”
ONANI
24. Onani ialah perbuatan lelaki atau perempuan yang sengaja mengeluarkan air mani dengan tangan adalah haram, antara ulama’ yang mengatakan haram ialah pengikut mazhab Maliki dan Syafie.
HUBUNGAN JENIS DENGAN BINATANG
25. Para ulama fiqh telah sependapat bahawa melakukan persetubuhan dengan binatang adalah haram. Diriwayatkan dari Ali bahawa ia berkata: jika yang bersetubuh dengan binatang itu orang yang pernah merasai persetubuhan secara halal, maka hukumnya direjam. Di dalam hadith yang lain pernah Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa melakukan persetubuhan dengan binatang, maka bunuhlah binatang itu.”
MENUDUH ZINA (QAZAF)
26. Qazaf ertinya melemparkan fitnah atau tuduhan zina ke atas perempuan yang baik merupakan perbuatan haram yang tergolong dalam kumpulan dosa besar, adapun hukum qazaf di dalam perundangan Islam berdasarkan firman Allah:
Ertinya: “Dan mereka yang membuat tuduhan zina ke atas perempuan-perempuan yang baik kemudian mereka tidak dapat membawa empat orang saksi maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat dan janganlah kamu terima persaksian mereka buat selama-lamanya. Mereka adalah orang-orang yang fasik.”
(surah an-Nur: 4)
Ayat al-Quran di atas dengan jelas menghukum kepada orang yang menuduh melakukan perzinaan setelah sabit kesalahannya dipukul lapan puluh kali.
SYARAT-SYARAT WAJIB DILAKUKAN HUKUMAN
KEPADA ORANG YANG MENUDUH ZINA
27. Syarat yang membolehkan seseorang itu dikenakan hukuman hudud kerana perbuatan menuduh zina ialah:
a. Penuduh baligh lagi berakal.
b. Tuduhan dibuat dengan kemahuan sendiri.
c. Tuduhan tanpa yang dituduh.
d. Penuduh bukan bapa, ibu, datuk atau nenek bagi yang dituduh.
e. Yang tertuduh beragama Islam.
f. Yang tertuduh baligh lagi berakal.
g. Yang tertuduh orang yang belum pernah berzina.
MEMINUM MINUMAN YANG MEMABUKKAN
28. Khamar ialah cairan yang dihasilkan daripada biji-bijian atau buah-buahan mengubah sari patinya menjadi alkohol, minuman jenis ini dinamakan khamar kerana memabukkan, menutupi dan merosakkan daya ingatan. Hukumnya haram dan termasuk di dalam kumpulan dosa besar.
Firman Allah:
Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, judi, berkorban untuk berhala dan bertenung nasib dengan panah adalah perbuatan-perbuatan keji yang termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kemenangan.”
(al-Maidah: 90)
HUKUMAN KE ATAS PEMINUM ARAK
29. Mengikut pendapat aliran Syafie, hukuman ke atas peminum arak dan segala jenis minuman yang memabukkan ialah empat puluh kali sebat.
SYARAT-SYARAT DIKENAKAN HUKUMAN
30. Peminum arak boleh dikenakan hukuman hudud jika mempunyai syarat-syarat seperti berikut:
a. Baligh lagi berakal.
b. Minum dengan kemahuannya.
c. Mengetahui hukumnya haram.
d. Mengetahui bahawa minuman itu memabukkan.
e. Diminum tidak sebab dharurat.
HUKUM DADAH
31. Segala sesuatu yang menghilangkan akal yang bukan dari jenis minuman umpamanya ganja, candu adalah haram kerana kemudharatannya tetapi pengambil dadah tidak dikenakan hukum hudud malah ditakzir.
a. Saidina Ali telah menghukum al-Walid bin Uqbah dengan empat puluh kali pukullah berdasarkan sabda Nabi s.a.w.
b. Mengikut pendapat Ibnu Taimiah memandangkan kesan dadah lebih buruk dari arak, maka penagih adalah dikenakan hukuman had sebagaimana peminum arak.
Ertinya: “Rasulullah telah menghukum dengan empat puluh pukulan, Abu Bakar juga empat puluh pukulan dan Umar r.a menghukum dengan lapan puluh pukulan, hukuman ini adalah hukuman yang lebih aku sukai.”
(Riwayat Muslim)
MURTAD
32. Yang dimaksudkan dengan murtad ialah kembalinya orang Islam yang berakal dan dewasa kepada kafir dengan kehendak sendiri tanpa paksaan baik lelaki ataupun perempuan atau kembali menjadi kafir setelah Islam.
33. Murtad adalah merupakan dosa besar yang menghapuskan amal-amal soleh sebelumnya dan di akhirat akan di balas dengan azab yang pedih.
Firman Allah:
Ertinya: “Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya lalu dia mati di dalam kekafiran maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya.”
(al-Baqarah: 217)
34. Murtad boleh terjadi dengan pengakuan yang jelas dari seseorang atau dengan perbuatan yang boleh disabitkan, apabila ini terjadi pemerintah hendaklah membicarakan kes-kes ini dengan sejelas-sejelasnya. Kewajipan pemerintah di dalam urusan ini amat mustahak sebelum hukuman dibuat.
35. Oleh kerana penukaran agama dari Islam kepada kafir perlu diberi kawalan yang ketat dan rapi, maka menurut undang-undang Islam hukuman yang wajib dijatuhkan ke atas orang yang murtad ialah dibunuh.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya: “Barangsiapa menukar agamanya maka bunuhlah ia.”
(Bukhari dan Muslim)
KESAN DARI BERLAKUNYA MURTAD
36 Jika orang Islam bertindak murtad, maka akan berlakulah perubahan-perubahan di dalam muamalat harian antaranya:
a. Putus hubungan suami isteri
b. Putus hak mewarisi harta kerabat-kerabat muslimnya.
c. Digugurkan hak menjadi wali terhadap orang lain dan kerabat-kerabat yang muslim.
d. Jenazahnya haram disembahyang dan haram dikebumi pada tanah perkuburan orang-orang Islam.
KEWAJIPAN MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD
37. Para ulama’ fiqh sependapat bahawa pelaksanaan hukum hudud adalah tanggungjawab pemerintah hakim atau wakilnya, seseorang tidak dibenarkan mengambil tindakan tersendiri.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Ertinya: “Zakat, hukuman hudud, harta (ufti) dan sembahyang Jumaat diserahkan kepada pemerintah.”
38. Hukum hudud merupakan penjamin keamanan, penjamin keselamatan jiwa, harta benda, nama baik, kemerdekaan dan kehormatan. Ketahuilah usaha-usaha mendekatkan penghidupan manusia muslim ke arah roh keislaman yang sempurna tidak akan terlaksana tanpa penguatkuasaan undang-undang.
39. Undang-undang ciptaan manusia biar di mana sahaja gagal untuk membasmi kemungkaran. Lihat betapa mantapnya syariat Islam di zaman awal Islam, setiap penghalang kepada terlaksananya undang-undang Islam bererti menyekat hukum Allah terlaksana di muka bumi ini. Hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan ad-Dailami yang berkenaan dengan usaha menghalangi hukum-hukum Allah:
Ertinya: “Barangsiapa yang membuat pertolongan menjadi penghalang atas satu dari hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah maka dialah penentang Allah dalam urusan-Nya.”
Friday, May 7, 2010
Fiqh Jinayat Hukum Hudud

Labels:
Fiqh Jinayat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment