Thursday, May 20, 2010

TAKZIR

 PENGENALAN

1.         Takzir mengikut perundangan Islam ialah hukuman yang tidak ditetapkan kadar dan bentuknya oleh syariat atau hak manusia dalam setiap kesalahan yang tidak dikenakan hukuman hudud atau kaffarah. Disyariatkan hukum takzir sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan at-Tirmizi dan lain-lain “bahawa Nabi s.a.w telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap pesalah yang membuat tuduhan palsu”.

2.         Khalifah Umar Ibnu Khattab r.a. melakukan hukuman takzir sebagaimana beliau membakar wang-wang penjual arak dan membakar kampung-kampung yang di dalamnya ada menjual arak. Kebanyakan tokoh perundangan Islam mengatakan hukuman takzir wajib dilaksanakan oleh pemerintah sama seperti hukuman hudud, tetapi boleh dimaafkan jika pemerintah berpendapat kemaafan boleh mendatangkan maslahat kebaikan.

            Al-Imam al-  Sayuti menegaskan maksudnya:

“Sesiapa yang melakukan sesuatu maksiat yang tidak termasuk di dalam kesalahan hudud dan kaffarah maka, hendaklah ditakzirkan.”

 BENTUK HUKUMAN TAKZIR

3.         Hukuman takzir boleh dilakukan melalui:

a.         Penghinaan.
b.         Peringatan dan nasihat.
c.         Pukulan dan rotan.
d.         Penjara.
e.         Buang jajahan atau negeri.

4.         Imam Syafie dan Imam Malik berpendapat boleh menjatuhkan hukuman takzir dengan memukul lebih dari sepuluh kali pukulan tetapi jangan melebihi ketetapan hukum hudud.
 BIDANG KUASA TAKZIR
 5.         Kesalahan atau jenis maksiat yang tidak ada hukum hudud dan kaffarah maka semuanya boleh dihukum takzir seperti:

a.         Meninggalkan kewajipan agama atau melanggar larangan Allah dan Rasul.
b.         Melakukan semua aspek yang boleh disabitkan sebagai melakukan kesalahan-kesalahan di bawah fasal melanggar hukum agama Islam.
c.         Kejahatan yang termasuk di dalam hukuman qisas, diat dan had, tetapi hukuman itu tidak dapat dilakukan kerana kurang syaratnya, umpama melakukan pencurian terhadap sesuatu yang kurang harganya dari seperempat dinar, berpeluk cium, bercumbu, bergesel peha yang dilakukan dengan perempuan yang bukan mahram.

 PERBEZAAN DI ANTARA UNDANG-UNDANG HUDUD, QISAS DAN TAKZIR
 6.         Hukum hudud dan qisas ialah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dari awal lagi di dalam jenayah-jenayah tertentu, di mana hakim atau pemerintah tidak boleh menggunakan budi bicaranya dalam menilaikan hukum-hukum itu mengikut keadaan penjenayah adapun hukuman takzir (keseksaan) maka terserah kepada budi bicara hakim di mana boleh menimbang dan memilih hukuman yang sesuai mengikut keadaan penjenayah.

7.         Walau bagaimanapun kuasa membuat pertimbangan adalah masih terikat dengan peraturan-peraturan yang ketat, untuk maksud ini hakim disyaratkan mempunyai pengetahuan hukum yang mencapai darjat syahid mengikut pendapat Imam Syafie, Maliki dan Hanbali.

8.         Hukum hudud dan qisas wajib dilaksanakan oleh pemerintah, hukum hudud tidak boleh dimaafkan, dibebaskan, disyafaatkan atau digugurkan. Begitu juga qisas hanya boleh dimaafkan oleh walinya sahaja tetapi di dalam hukum takzir terdapat perselisihan pendapat di antara tokoh-tokoh perundangan Islam.

9.         Hukuman takzir sesuai dengan prinsip umum yang menetapkan perlu wujudnya perbezaan hukuman kerana perbezaan jenayah, sedangkan hukum hudud hanya sama sahaja, ia tidak berbeza dengan sebab besar kecil perlakuan jenayah, iaitu ia sama sahaja di antara kesalahan mencuri RM 1 dengan kesalahan mencuri RM 1000, di antara peminum arak yang minum sedikit atau peminum yang minum banyak.

10.       Terdapat suatu keistimewaan di dalam hukum qisas di mana pihak yang akan dikenakan qisas boleh merayu kepada pihak yang menuntut supaya dapat ditebus atau digantikan qisas dengan ganti rugi sekiranya dipersetujui maka ganti rugi boleh menggantikan qisas kerana qisas itu sendiri ialah hak manusia.

BOLEHKAH MELAKSANAKAN HUDUD DI DALAM MASYARAKAT MAJMUK

 21.       Para ulamak al-Siasah Islamiyyah telah sepakat mengatakan bahawa Sahifah Madinah adalah menepati piagam atau perlembagaan menurut istilah hari ini kerana ia merupakan perjanjian di antara kerajaan dan rakyat dan penegasan tentang Dasar Negara dan siasahnya. Di bawah ini diperturunkan kesimpulan dari sahifah tersebut:

a.         Memeterai perjanjian persaudaraan di kalangan Muhajirin dan Ansar.
b.         Ikatan persaudaraan di kalangan setiap individu Muhajirin dan Ansar.
c.         Kedudukan orang-orang bukan Islam yang bersedia untuk menjadi rakyat kepada negara Islam.
d.         Pengisytiharan negara Madinah sebagai Negara Islam.
e.         Meletakkan hukum tertinggi ialah hukum Allah (al-Quran) dan Rasulullah s.a.w (al-Sunnah).
f.          Rasulullah s.a.w bertindak sebagai ketua negara.

22.       Berhubung dengan urusan orang-orang bukan Islam, Rasulullah s.a.w telah bertindak berpandukan firman Allah:

Ertinya:  Maka jika (Yahudi) datang kepadamu untuk meminta keputusan, maka hukumlah di kalangan mereka (tentang perkara itu) atau berpaling dari mereka, jika kamu berpaling dari mereka tidak akan memberi mudharat kepada sedikitpun dan jika kamu berhukum, maka berhukumlah di antara mereka dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.”
(surah al-Maidah:  42)
23.       Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah diberi pilihan oleh Allah di dalam menghadapi orang-orang Yahudi sama ada menyelesaikan masalah mereka yang tidak berhubung dengan peraturan umum, tetapi dalam masalah yang berhubung dengan peraturan umum, mereka hendaklah tunduk kepada hukum Islam, mereka bebas menganut agama mereka dan melakukan perkara-perkara yang dibolehkan oleh agama mereka yang tidak menjejaskan kepentingan umum, umpama di dalam masalah istiadat perkahwinan, undang-undang perkahwinan dan makanan yang halal menurut agama mereka walaupun haram di sisi Islam.

24.       Hendaklah diingat bahawa semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah penduduk Madinah terbahagi kepada tiga golongan:

a.         Para sahabat dari kalangan Muhajirin dan Ansar.
b.         Orang Musyrikin dari kalangan penduduk Madinah masih belum beriman tetapi berada di Madinah sebagai anggota masyarakat.
c.         Orang-orang Yahudi Madinah yang menguasai bidang ekonomi terutama bahan-bahan makanan, arak, pakaian dan lain-lain. Mereka bermuamalah dengan sistem riba’ dan menggunakan harta benda bagi mempengaruhi ketua-ketua qabilah.

25.       Nabi Muhammad s.a.w yang bertindak sebagai penyudah semua Nabi, bertanggungjawab menegakkan sebuah Negara Islam walaupun masyarakat setempat dari kalangan masyarakat majmuk dan Rasulullah s.a.w berjaya membentuk Negara Islam dengan tiga dasar perhubungan penting:

a.         Hubungan dengan Allah s.w.t.
b.         Hubungan sesama umat Islam.
c.         Hubungan umat Islam dengan orang-orang bukan Islam dan negara bukan Islam di dalam rangka menyampaikan risalah Islam menentukan sikap mereka terhadap Islam.

PENUTUP

26.       Perlaksanaan kanun jenayah Islam di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat, di mana Islam berjaya menegakkan undang-undang dan peraturan yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Ketentuan sebuah negara Islam adalah dibentengkan oleh dua kekuatan, iaitu kekuatan keimanan dan taqwa yang tertanam dalam hati rakyat jelata dan kekuatan undang-undang yang menjadi teras kekuatan lahir negara itu.

27.       Taqwa dan undang-undang merupakan dua kekuatan kembar negara Islam yang tidak boleh dipisahkan dan sebarang usaha untuk memisahkan dua kekuatan itu akan memusnahkan identiti negara Islam itu sendiri.

28.       Tidak terdapat di dalam sirah Rasulullah s.a.w perlaksanaan undang-undang mensyaratkan semua warga negara mesti mengetahui kanun jenayah Islam. Ini merupakan masalah yang sengaja digembar-gemburkan yang sengaja dicipta oleh orang-orang tertentu, mungkin kerana kejahilan atau kerana terpengaruh dengan ideologi Pemisahan Agama dan Pentadbiran.

No comments:

TAKZIR Peringatan Bagi Yang Hidup: TAKZIR TAKZIR