Monday, March 1, 2010

Selamat HUT Tentera Darat Ke 77

Tentera Darat Malaysia Hari ini 1 Mac 2010 adalah merupakan Hari Ulang Tahun Tentera Darat yang ke 77. Tentera Darat benteng pertahanan negara,menjaga kedaulatan negara dari dicerobohi dan menggentarkan pihak musuh atau unsur-unsur untuk mensabotaj tanahair dari diganggu gugat. Tarikh keramat 1 Mac diambil bermula dengan pengambilan seramai 25 orang pemuda melayu memasuki kompeni percubaan didalam pasukan askar melayu pada tanggal 1Mac 1933. Dengan semangat kepahlawanan dan semangat yang tinggi yang ditujukkan maka pada tanggal 1 Jan 1938 tertubuhlah Batalion Pertama Askar Melayu Diraja. Bermula dari situ pasukan keselamatan negara berhadapan dengan peperangan dan  anasir-anasir yang cuba menggangu kestabilan negara. Sila Rujuk disini

Tulisan pada kali ini adalah untuk menerangkan pandangan Islam terhadap peperangan 

MEMPERKUATKAN PERTAHANAN DAN KETAHANAN

                Walaupun Islam tidak sukakan peperangan, Islam memerintahkan ummahnya memperkuatkan pertahanan dan ketahanan. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan siapkanlah, untuk menghadapi mereka dengan segala kekuatan yang terdaya olehmu dan dengan ‘kuda ditambat’ (yang dengan persiapan ini) kamu dapat mengentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang lain yang kamu tidak mengetahuinya-sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu

nafkahkan pada jalan Allah akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiayai”.
(al-Anfal:  60)

                Selain dari kekuatan senjata, ummah Islam juga digesa supaya memupuk kekuatan diri-jasmani dan rohani. Rasulullah S.A.W. sendiri dikatakan mengadakan latihan jasmani dengan berlumba lari dengan isterinya Siti ‘Aisyah dan berlumba kuda dengan Abu Bakar dan ‘Umar.

                Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:

“Ajarlah anak-anakmu berenang, memanah dan menunggang kuda kerana mukmin yang kuat disukai Allah dari mukmin yang lemah”

                Yang lebih penting lagi, Islam menggesa ummahnya supaya sentiasa memperkuatkan sudut kerohanian seperti keimanan dan tawakkal kepada Allah, sabar, tidak putus asa dan lain-lain akhlak Islam.

BANTUAN KEPADA GOLONGAN MINORITI MUSLIM YANG TINGGAL DI DALAM NEGARA BUKAN ISLAM

Allah berfirman dengan maksud:

“Dan terhadap orang-orang beriman tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajipan sedikit pun atas kamu melindungi mereka sebelum mereka berhijrah, (tetapi) jika mereka meminta pertolongan daripadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah melihat apa yang kamu kerjakan”.
(al-Anfal:  72)

                Berdasarkan ayat ini, negara Islam boleh memberi bantuan ketenteraan kepada golongan minoriti Muslim yang tertindas di Negara bukan Islam dengan syarat:

a.                   Penindasan tersebut adalah penindasan keagamaan.
b.                  Masyarakat Islam tersebut meminta bantuan dari negara Islam.
c.                   Tiada perjanjian gencatan senjata di antara Negara Islam dengan negara mereka.

                Kalau syarat-syarat tersebut tidak mencukupi, Negara Islam tidak boleh memberi bantuan ketenteraan kerana hak perlindungan terhadap mereka dari segi undang-undang adalah hak negara di mana mereka tinggal. (Seperti juga minoriti bukan Islam di dalam negara Islam, perlindungan ke atas mereka adalah hak negara Islam.) Walau bagaimanapun, negara Islam masih boleh memberi bantuan dengan cara diplomasi.

                Kalau golongan minoriti muslim itu menerima tekanan keagamaan sehingga mereka tidak dapat melaksanakan ibadat dan ajaran-ajaran Islam dan tidak mungkin diadakan penyelesaian sama ada secara damai atau kekerasan, mereka digesa supaya berhijrah ke negara Islam. Negara Islam tidak boleh menyekat penghijrahan masuk mereka, kerana menurut konsep kenegaraan Islam, semua orang Islam di mana-mana pun adalah menjadi rakyat negara Islam.

PERISYTIHARAN PERANG

                Seperti juga undang-undang antarabangsa Barat, Islam juga menggariskan peraturan bahawa peperangan tidak boleh dimulakan tanpa perisytiharan oleh ketua negara selaku ketua turus tentera. Serangan tanpa perisytiharan adalah dianggap jenayah dan penjenayah akan menanggung akibat perbuatannya. Serangan begini boleh dianggap sebagai pencerobohan dan penceroboh perlu membayar gantirugi.

                Walau bagaimanapun, menurut amalan Rasulullah S.A.W., ada beberapa bentuk peperangan yang tidak perlu diisytiharkan, antaranya:

a.            Peperangan semula terhadap musuh tradisi (musuh yang sedia ada) yang terhenti tanpa dibuat sebarang perjanjian damai-tidak perlu dibuat perisytiharan perang yang baharu.

b.            Peperangan berbentuk menghukum sesebuah negara atau pihak yang mencabul perjanjian damai.

CIRI-CIRI PEPERANGAN ISLAM

                Menurut pandangan Islam, secara umumnya, peperangan boleh dibahagikan kepada dua jenis:  peperangan pada jalan Allah dan pada jalan taghut (syaitan). Ini berdasarkan pada firman Allah yang bermaksud:

“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan taghut”.
(al-Nisa’:  76)

                Islam hanya mengiktiraf peperangan pada jalan Allah. Sesuatu peperangan hanya boleh digolongkan ke dalam peperangan jenis ini bila ia mempunyai syarat-syarat berikut:

a.            Niat dan maksud berperang kerana Allah dan hendak menegakkan kalimah Allah. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

“Siapa yang berperang kerana meninggikan kalimah Allah maka dia (berperang) pada jalan Allah”
(riwayat Abu Dawud)

b.            Peperangan itu dilakukan mengikut ketetapan undang-undang yang telah ditentukan oleh syariat.

HUKUM PEPERANGAN PADA JALAN ALLAH

                Menurut jumhur ulama, ketenteraan adalah fardhu kifayah. Ia bertukar menjadi fardhu ‘ain dalam keadaan-keadaan berikut:

a.            Apabila seseorang berkenaan telah dipilih untuk menyertai pasukan perang untuk menghadapi sesuatu peperangan.

b.            Apabila musuh menyerang mana-mana daerah Islam. Penduduk di daerah ini dan dari daerah-daerah berdekatan wajib, iaitu fardhu ‘ain, menentang musuh itu. Kalau penentangan mereka belum lagi memadai, seluruh orang Islam wajib berjuang sehingga terhapus musuh itu.

d.                  Dalam kes hendak membebaskan orang Islam dari tangan musuh.

e.            Apabila pemimpin Islam sama-sama berperang maka wajib penduduknya ikut serta.

                Syarat-syarat yang perlu untuk kewajipan ini ialah Islam, baligh, berakal, lelaki, tidak cacat anggota dan berkeupayaan. Syarat-syarat ini dikenakan dalam keadaan biasa iaitu dalam keadaan negara Islam kuat dan peperangan berlaku di luar daerah negara Islam. Jika negara Islam diseang, seluruh ummah Islam termasuk perempuan wajib, iaitu fardhu ‘ain menentang musuh-musuh itu.

LAYANAN TERHADAP MUSUH

                Tentera musuh boleh dibunuh atau ditawan, sebagaiman dapat difahami dari maksud ayat-ayat berikut:

“Penggallah tengkuk (kepala) mereka dan pancunglah tiap-tiap hujung jari mereka”.
(al-Anfal:  12)

“……….pancunglah batang leher (kepala) mereka, sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sehingga perang berhenti”.
(Muhammad:  4)

                Selain itu mereka juga boleh dikepung atau dicederakan. Sungguhpun begitu, orang Islam tidak dibenarkan ‘melampaui batas’. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan perangilah di jalan Allah orang yang memerangi kamu (tetapi) janganlah melampaui batas”.
(al-Baqarah:  190)

                Musuh yang luka dan tidak berupaya lagi melawan tidak boleh diserang atau diberi layanan yang kasar. Semasa pembukaan Mekah, Rasulullah mengarahkan para sahabat dengan sabdanya (maksud):
“Awas! Jangan mempercepatkan mati orang-orang yang luka, jangan memburu orang yang telah berundur, jangan membunuh tawanan dan siapa yang menutup pintu rumahnya maka dia terselamat”.

                Menurut Syeikh Muhammad Abu Zahrah, selain dilarang membunuhnya, musuh yang cedera harus diberi ubat dan kemudian dijadikan tawananatau diserahkan kembali dengan tebusan atau diberi kebebasan. Semuanya itu adalah kerana menghormati kemanusiaan. Sebab tujuan peperangan adalah untuk melemahkan kekuatan raja-raja dan tentera-tentera mereka dan bukan untuk membalas dendam.

                Tawanan perang diberi layanan yang baik, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

                “Kamu terimalah wasiatku supaya berbuat baik kepada tawanan perang”.

                Sebagai menyahut seruan ini, para sahabat telah mendahulukan memberi makan tawanan Perang Badar dari diri mereka sendiri. Sehubungan dengan ini, Allah berfirman (dengan maksud):

“Dan mereka memberi makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan, (seraya berkata) sedungguhnya kami memberi kamu makan semata-mata kerana Allah, kami tidak berkehendakkan balasan dari kamu dan tidak juga (ucapan) terima kasih”.

                Mayat musuh yang terkorban dihormati secara kemanusiaan, tidak boleh dikasari. Mayat musuh yang ditinggalkan di medan perang hendaklah ditanam seperti yang pernah berlaku di dalam peperangan Badar.

                Orang awam tidak boleh diserang sewenang-wenangnya, Rasulullah S.A.W. pernah mewasiatkan kepada tentera Islam yang akan pergi berjuang supaya jangan membunuh anak kecil, orang tua, wanita, rahib yang sedang beribadat di dalam tempat peribadatan, kecuali jika mereka keluar menyertai peperangan. Pernah diriwayatkan bahawa baginda marah ketika mengetahui seorang wanita bukan Islam terbunuh dalam dalam satu peperangan dengan sabdanya:  “Kenapa dia engkau bunuh, sedangkan dia tidak ikut berperang?”. Dasar ini diikuti oleh para sahabat sebagaimana dapat dilihat dalam wasiat Abu Bakar kepada tenteranya yang hendak dihantar ke Syria:

“Janganlah kamu berbuat khianat atau berpaling dari jalan kebenaran. Jangan kamu mencincang mayat, membunuh kanak-kanak kecil, orang-orang tuan dan kaum wanita. Jangan kamu memusnahkan pohon-pohon kurma, membakar atau memotong sebarang tanaman yang berbuah. Janganlah kamu membunuh binatang-binatang ternakan atau unta melainkan untuk kegunaan makanan kamu. Kamu mungkin menemui orang-orang yang menghabiskan hidupnya untuk beribadat, maka biarlah mereka dengan apa yang telah mereka berikan untuk hidup mereka. Mungkin juga kamu akan menemui orang-orang yang menghadiahkan kamu dengan berbagai jenis makanan, kamu boleh makan tetapi jangan lupa untuk menyebut dengan nama Allah”.

                Harta benda seperti ternakan, lading buah-buahan, bangunan, hospital dan kepentingan-kepentingan awam yang lain tidak boleh dimusnahkan kecuali jika tempat-tempat awam itu digunakan untuk memperkuatkan kedudukan musuh. Segala perkara yang menjadi punca kekuatan musuh seumpama pengkalan-pengkalan tentera, jambatan dan lain-lain, yang dilambangkan oleh al-Quran sebagai ‘hujung jari mereka’, patut dimusnahkan.

                Islam melarang perbuatan merosakkan harta benda tanpa sebab-sebab yang perlu. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan apabila ia berpaling (dari mukamu), ia berjalan di muka bumi untuk melakukan kerosakan padanya dan merosakkan tanam-tanaman dan ternakan, sedangkan Allah tidak sukakan kebinasaan”.
(al-Baqarah:  205)
                Sesuai dengan ayat di atas, penggunaan senjata seperti bom atom, nuklear, racun, dan seumpamanya yang membawa bencana yang besar tidak dibenarkan. Penggunaan api untuk membakar musuh juga tidak dibenarkan. Ini sesuai dengan maksud sebuah hadis:

“Jika kamu bersua dengan ‘fulan’, bunuhlah ia. Jangan kamu membakarnya kerana tidak boleh disiksa dengan api kecuali oleh empunya api (Allah)”.
(riwayat Abu Dawud)

                Keselamatan rakyat negara musuh dan harta mereka yang masuk semasa aman di negara Islam dijamin. Sejarah menunjukkan bahawa Islam tidak membiarkan rakyat negara musuh kebuluran akaibat perang. Rasulullah S.A.W. pernah memberikan buah tamar dan makanan lain kepada Abi Sufyan (yang belum memeluk Islam ketika itu) serta menghantar 500 dinar kepada penduduk Mekah untuk dibahagi-bahaikan kepada orang-orang yang memerlukannya akibat kemarau, sedangkan pada masa itu Madinah dan Mekah bermusuhan. Rasulullah S.A.W. juga pernah mengarahkan Thumah bin Uthal untuk menghantar gandum dan lain-lain bijian ke Mekah walaupun pada suatu masa Thumah dibunuh oleh orang-orang Quraisy.

                Perdagangan dan lalulintas dengan pihak musuh tidak terhalang dengan meletusnya perang, asalkan ia tidak memeperkuatkan kedudukan tentera musuh.

                Perlu juga dinyatakan bahawa peraturan-peraturan yang tersebut di atas diikuti semasa dalam keadaan biasa. Di dalam keadaan terpaksa, perkara-perkara yang menjadi larangan boleh dilakukan.

PENUTUP

                Dari perbincangan di atas, nyatalah bahawa walaupun Islam dikembangkan secara damai, tetapi ia dipertahankan secara diplomasi dan kekuatan atau kekerasan. Islam menghargai kesejahteraan dan kedamaian semua pihak dan seboleh mungkin cuba mengelak dari peperangan. Sekiranya peperangan terpaksa dilakukan, undang-undang yang ketat dikenakan supaya peperangan hanya melibatkan pihak dan benda yang berkenaan sahaja, tanpa mendatangkan penderitaan dan kemusnahan yang besar.

No comments:

Selamat HUT Tentera Darat Ke 77 Peringatan Bagi Yang Hidup: Selamat HUT Tentera Darat Ke 77 Selamat HUT Tentera Darat Ke 77