Saturday, February 6, 2010

Sifat Sombong

Sombong adalah antara sifat-sifat keji yang perlu dihindari daripda tersemat dalam lubuk hati manusia. Sifat ini merupakan kotoran batin yang akan mencetus nilai-nilai negatif terhadap peribadi seseorang dan kehidupan bermasyarakat. Firman Allah Taala dalam surah Al-A’raf ayat 146 bermaksud: {{ Akan aku pesongkan dari tanda-tanda kebesaranku orang-orang yang menyombongkan diri dimukabumi tanpa alasan yang benar }}.
Sombong merupakan satu perasaan hasil kombinasi daripada sifat ujub, takkabbur, ego dan riak. Ia lahir dalam diri manusia yang dianugerahkan kelebihan harta, pangkat,ilmu, rupa paras, kekuatan fizikal dan sebagainya.
Kelebihan-kelebihan ini membuatkan diri seseorang itu berasa sempurna berbanding orang lain. Seterusnya, ia memandang rendah dan hina kepada orang lain. Sesiapa yang telah dijangkiti sifat ini, sukar menerima kritikan, nasihat atau pandangan orang-orang sekitar.
Ia akan menolak kebenaran yang disampaikan kepadanya, bahkan mahukan orang lain tunduk segala kemahuannya. Sifat ini menjadi punca hilangnya sifat terpuji seperti merendah diri, berlapang dada, pemaaf dan lemah lembut. Dan, lazimnya sifat sombong akan membantutkan proses peningkatan diri samada dari aspek duniawi mahupun ukhrawi. Mengimbas asal-usul sifat ini, ia merupakan sifat warisan iblis. Sebelum dilaknat Allah, iblis terkenal dikalangan malaikat sebagai hamba yang tinggi darjatnya dan taat kepadaNya. Namun, ia telah mengingkari perintah Allah swt ketika disuruh tunduk pada Nabi Adam as. Keingkaran ini adalah berpunca iblis merasakan dirinya lebih tinggi kedudukannya daripada Adam dari segi darjat serta penciptaan. Kesombongan telah menganjak iblis dari makhluk yang taat kepada kufur. Kisah ini dirakamkan dalam surah Al-Baqarah ayat 34 yang bermaksud: {{ (Ingatlah) Ketika Kami berkata kepada malaikat: “Tunduklah kamu kepada Adam! Lalu mereka itu tunduk kecuali iblis, ia enggan dan takabur dan ia termasuk orang-orang kafir }}. Manakala, kewujudan sifat sombong dalam kehidupan bermsyarakat turut menyumbang pelupusan norma-norma murni sesebuah masyarakat. Dalam konteks hari ini, masyarakat memandang harta, pangkat dan kuasa merupakan aset yang amat penting dalam kehidupan. Sesiapa yang memiliki semua atau salahsatu daripada aset-aset ini akan dipandang tinggi kedudukannya dimata masyarakat serta memperolehi pelbagai keistimewaan. Kesinambungannya, masing-masing berlumba-lumba untuk kedudukan dan keistimewaan itu. Budaya berlumba-lumba ini kadangkala menjurus kepada sikap individualistik dan materialistik. Ini kerana akan ada anggota masyarakat yang berusaha dengan apa cara pun untuk mendapatkannya, walaupun dengan cara yang salah. Kedudukan dan keistimewaan ini sebenarnya boleh membawa seseorang kepada kesombongan. Kisah firaun bapa angkat Nabi Musa as boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat Islam. Kekayaan dan kekuasaan yang dimiliki menyebabkan ia dengan sombong mengiktiraf dirinya sebagai Tuhan dan melakukan apa sahaja sesuka hatinya. Kesombongan firaun ini telah menyebabkan kebanyakan rakyatnya hidup menderita dan ketakutan. Tragedi telah mengakhiri hidup firaun, ia telah ditenggelamkan ke dalam lautan oleh Allah swt. Kisah firaun ini boleh dijadikan pedomen kepada individu yang sombong dan menyalahgunakan kelebihan serta keistimewaan duniawi. Oleh yang demikian, sombong perlu dielakkan kewujudannya kerana memberikan implikasi negatif kepada peribadi seeorang dan juga masyarakat. Masyarakat atau individu muslim berupaya menjauhi daripada sifat mazmumah (keji) ini sekiranya mereka menghayati Islam sebagai cara hidup. Menyedari hakikat diri akan menghalang seseorang daripada sifat sombong. Islam mengingatkan manusia bahawa ia hanyalah makhluk dan hamba Allah yang lemah yang dijadikan daripada setitis mani, ia tidak boleh hidup sendirian. Manusia akan mati dan kematian merupakan satu perpindahan baginya dari alam dunia ke alam akhirat. Di akhirat, manusia akan dibalas mengikut apa yang dikerjakan didunia ini. Firman Allah Taala dalam surah Az-Zilzaal ayat 7-8 bermaksud: {{ Barangsiapa mengerjakan kebaikan,meskipun seberat zarah akan dilihatnya (balasan) kebaikan itu. Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, meskipun seberat zarah akan dilihatnya (balasan) kejahatan itu.}} Maka apakah pembalasan Allah terhadap orang-orang sombong ? Firman Allah Taala dalam surah Az-Zumar ayat 72 bermaksud : {{ Maka neraka jahannam itulah tempat seburuk-buruknya bagi orang yang menyombongkan dirinya }}. Dan, Sabda Rasulullah saw bermaksud : [[ Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sebesar zarrah daripada sifat sombong ]] -Riwayat Muslim dan Abu Daud- AL-Quran dan hadis di atas memperjelaskan pembalasan bagi orang-orang sombong ialah neraka. Di neraka manusia akan dibakar, diazab dan diseksa dengan seksaan yang tidak tergambar oleh fikiran. Menyedari realiti ini, sudah pasti seseorang muslim tidak akan menjadikan sombong sebagai tiket untuk ke neraka.

Individu dan masyarakat yang bersih dari sifat sombong akan melahirkan kehidupan yang harmonis. Setiap anggota masyarakat akan hidup secara aman damai, tidak ada jurang antara yang miskin dengan yang kaya, yang berkuasa dengan tidak berkuasa dan yang memiliki kelebihan dengan yang tidak punyai apa-apa kelebihan. Sifat dengki, irihati dan menunjuk-menunjuk juga akan terhapus dalam masyarakat. Semuanya hidup tanpa ada pengelasan dan perbezaan taraf kerana masing-masing berlapang dada serta mengamalkan sifat rendah diri bila bersama orang lain. Wassalam.

No comments:

Sifat Sombong Peringatan Bagi Yang Hidup: Sifat Sombong Sifat Sombong