Sunday, February 7, 2010

Bicara Subuh

     Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut

kedatangan seorang tetamu tetapku. "Assalamualaikum" , seru Subuh. 
"Wa'alaikumsalam" , sahutku. Dan kami terus berpelukan, tanda rindu
serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya
mengembara dari satu tempat ke satu tempat."Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satutempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi,
tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan air mata
Subuh pun berlinangan. "Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.
"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.
Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku
dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan.
Hidangan yang
paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari di bumi lain, tapi
jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta
leka". Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami
maksud Subuh.
"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku
tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada
Roti Shiyam", cadangku pada Subuh. 
Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.
"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.
"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata
Tangisan", pinta Subuh. 
Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air
Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang
berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang
memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir
separuh penuhnya. Dan aku berdetik di dalam hati, adakah ini tanda
kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi ku bawa Air tersebut pada
Subuh, tetamu yang ku sanjungi, dan ku suakan manisan yang dipintanya.
Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman. 
"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku
memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,
wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan
terpenuhi. 

AWZKWKD3ZCR5 

"Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan
kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, seperti mana aku menguliti
mimpimu". 
Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila
melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok
hari?"
"InsyaAllah" , jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?"
Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap. 
"Assalamualaikum" , seru Subuh. 
"Waalaikumsalam" , jawabku kembali. Dan mataku terus meniti langkah
Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh
hilang dari pandangan.

No comments:

Bicara Subuh Peringatan Bagi Yang Hidup: Bicara Subuh Bicara Subuh