Thursday, November 12, 2009

Mendamba Cinta Sejati

Abu Yazid Al Bustami berkata bahawa orang yang tidak merasa lazat dalam menyembah Allah akan menghabiskan masanya dalam hal-hal keduniaan. Tetapi orang yang lazat dalam mengingati Allah menasihatkan mereka yang ingin menuju Allah supaya menghindarkan makhluk. Bersama-sama dengan orang ramai akan membuatkan seseorang lupakan Allah. Beliau juga pernah berkata bahawa kelazatan berdampingan dengan Allah itu tidak akan ditukarkannya dengan kerajaan dunia

Abu Bakar Al-Siddiq berkata : “ Siapa yang telah merasakan kemurniaan cinta kepada Allah, maka rasa cinta ini akan merintangi hatinya dari memburu dunia dan menyebabkan ia merasa asing dari orangramai.
Bagi Ibrahim Adham, ada tiga hijab yang menghalang kita daripada menatap wajah Allah. Namun jika hijab itu boleh disingkap, dapatlah memandang wajah Allah. Hijab-hijab itu ialah :

1. Tidak rasa gembira walaupun kekayaan dunia dan akhirat dikurniakan kepada kita.
2. Tidak berasa kesal walaupun kerajaan
mu dilucutkan darimu.
3. Tidak merasa megah walaupun kamu
dipuji.

Kenyataan di atas adalah antara beberapa banyak lagi kenyataan- kenya- taan yang dibuat oleh tokoh-tokoh yang mencapai taraf kecintaan yang tertinggi terhadap Alah. Masing-masing kelihatan dalam nada yang berbeza, namun apa yang mereka inginkan ialah keredhaan Allah dan keinginan untuk menatap-Nya. Bagi tokoh-tokoh ini, kehidupan dunia ini dan keasyikan terhadapnya akan menjadikan seseorang itu lupa akan cinta- nya terhadap Allah. Hati hanya akan bersih dan jiwa menjadi murni,hanya dengan mengenepikannya. Jadi, bolehlah dirumuskan bahawa cinta itu bukanlah sesuatu yang boleh dicapai oleh pancaindera yang lima, malah oleh pancaindera yang keenam iaitu akal dan hati nurani manusia. Ini dapat dilihat dari pengertian-pengertian yang diberi menunjukkan bahawa rasa cinta itu muncul dari jiwa, rasa sesuai dan serasi. Lantas dengan jiwa itu tidak lagi mengharap yang lain selain sebagai kekasih-Nya. Namun cinta kepada Allah hanya dapat dicapai melalui iman seperti firmanNya yang bermaksud :
“….sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah .”
Sesungguhnya akhlak manusia itu dikesani oleh rasa cinta kepada Allah, kerana dengannya manusia akan menghindarkan diri dari perlakuan buruk yang tidak diingini kekasihNya dan akan mengutamakan perkara-perkara yang disenanginya sahaja.
Cinta kepada Allah itu setakat menjadi kewajiban mukmin, malah setiap rasa cinta itu terhadap sesuatu adalah bayangan dari cintanya kepada Allah. Tidak akan ada keindahan dan kesempurnaan Allah. Al Nadawi memberikan contoh bagi kenyataan di atas, ibarat seseorang yang melihat cahaya matahari ditembok, lantas ia menyenangi tembok itu. Pada hakikatnya ia menyukai matahari yang bercahaya dilangit dan bukannya cahaya yang terbias ditembok itu. Kerana menurut beliau, rasa gemar itu terjadi dari rupa yang sempurna ditembok itu hasil dari cahaya yang terbit dari matahari dan bukan dari dinding itu sendiri. Lantas, bila hilang matahari dan senyap cahayanya, hilanglah juga rasa senang dan cinta itu.

Sifat cinta kepada Allah itu terdapat di dalam Islam sejak lama dahulu dan ia dipengaruhi oleh sifat untuk mendapatkan faedah iaitu pahala dan terhindar dari dosa. Namun bagi ahli-ahli sufi , kekasihnya kerana Allah semata-mata. Matlamat untuk mendekatkan dirinya kepada Allah, seperti yang diucapkan oleh Abu Yazid :
“Jika Allah melindungi ahli syurga dari melihatnya, nescaya penghuni syurga akan merayu meminta keluar dari syurga seperti ahli neraka meminta keluar dari neraka.”
Dari contoh ini, kelihatan betapa besarnya erti cinta terhadap Allah itu bagi ahli-ahli sufi sehingga bagi mereka syurga itu seolah-olah tidak memberi apa-apa keseronokan dan kenikmatan tanpa dapat bertem Allah.

No comments:

Mendamba Cinta Sejati Peringatan Bagi Yang Hidup: Mendamba Cinta Sejati Mendamba Cinta Sejati