Thursday, November 12, 2009

Mencari keberkatan

Rasulullah SAW pernah mengingatkan dengan sabdanya bermaksud : ` Bersegeralah kamu mengerjakan amal soleh kerana akan ber-
laku fitnah yang keadaannya seperti potongan- potongan malam yang gelap gelita. (Pada saat- saat yang demikian) ada lelaki pagi-pagi beriman dan petang menjadi kafir. Ada pula beriman pada waktu petang tetapi esok paginya menjadi kafir. Orang itu sanggup menjual agama kerana mengharapkan kepentingan dunia yang sedikit

Iman dan taqwa pada diri seseorang itu menjadi lemah adalah berpunca dari kejahilan. Kejahilan menyebabkan diri diperintah dan dikuasai oleh nafsu serta mudah tunduk kepada hasutan syaitan sehingga sanggup melakukan perbuatan maksiat dan mungkar. Oleh itu dalam keadaan demikian, hati terasa berat untuk mela- kukan kebaikan. Akhirnya diri bergelumang de- ngan noda dan dosa.
Krisis akhlak yang berlaku dikalangan masyarakat kita hari ini puncanya ialah kerana kelemahan iman dan taqwa dikalangan insan yang bergelar Islam dikalangan anggota masya- rakat melayu khasnya.

Pendidikan agama walaupun diberikan kepada anak-anak tetapi keadaannya kurang ber- kesan . MENGAPA ?

Pertama sekali jiwa anak-anak kini se- perti bumi yang tandus disebabkan rumahtang- ga kosong dari jiwa keagamaan. Belajar di se-
kolah disuruh solah tetapi di rumah ibu bapa ada yang tidak melakukannya. Di sini tentu me- nimbulkan kekeliruan pada jiwa anak-anak.
Kedua, benih keagamaan yang ditanam pada jiwa anak-anak muda kini seperti mena- nam benih pada tapak semaian yang terdapat hama-hama menyebabkan benih tersebut tidak dapat tumbuh dengan subur malahan ada yang terbantut dan mati .
Demikianlah keadaan anak-anak muda kini yang jiwa mereka diracuni dengan budaya yang bertentangan samasekali dengan aqidah dan nilai-nilai Islam sebenar. Hiburan yang melampaui batasan keagamaan umpamanya, menyebabkan anak-anak leka dan memandang remeh tanggungjawab dan disiplin keagamaan, tidak berasa berdosa meninggalkan solat malah ada sesetengahnya merasa bangga dapat melaku-kan maksiat serta tidak tahu menghormati orang tua dan ibu bapa.
Oleh kerana kelemahan jiwa agama pa-da pada diri anak-anak muda pada hari inilah yang menyebabkan wujudnya budaya lepak, ramai yang terlibat dengan penagihan penagihan dadah dan kegiatan -kegiatan yang bertentangan dengan norma-norma keagamaan.
Pada golongan yang lain pula ada yang terlibat dengan rasuah , penipuan , simpan perempuan atau perzinaan dan pelbagai kegiatan maksiat yang dikutuk oleh Allah. Ini adalah disebabkan nilai-nilai agama tidak dapat mempengaruhi budaya hidup mereka.
Apabila berlakunya kemaksiatan dan penderhakaan kepada Allah, maka keberkatan hidup akan hilang. Ramai orang mengeluh kerana kehidupan yang tidak selesa , kerana wang tidak menjanjikan kebahagiaan. Rumah-tangga panas bagaikan kena bahang api terkena bahang api neraka. Duduk dirumah tidak selesa tiada ketenteraman dan kedamaian, tiada kebahagiaan dan keharmonian.
Demikian lah seterusnya kemesraan dan kasih sayang telah hilang. Kawan sesama kawan bermasam muka, suami isteri benci membenci , anak-anak tidak menghormati ibu bapa sementara orang tua pula tidak menyayangi anak-anak.
Inilah antara akibat apabila penduduk di sesebuah tempat, kampung, negeri atau negara itu tidak mahu beriman dan tidak mahu tunduk patuh kepada peraturan-peraturan Ilahi.
Firman Allah yang bermaksud : `Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut disebabkan usaha tangan manusia kerana Tuhan hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari perbuatan mereka , semoga mereka kembali ke jalan yang benar ‘ . (Surah Ar-Rum : ayat 41)

No comments:

Mencari keberkatan Peringatan Bagi Yang Hidup: Mencari keberkatan Mencari keberkatan