Wednesday, October 12, 2011

PENDEKATAN BELAJAR BAHASA ARAB SECARA BERKESAN

 Bahasa Arab adalah Bahasa Internasional yang tidak asing lagi  seantero dunia. Ianya semakin popular dikalangan intelektual dan orang awam bukan sahaja untuk tujuan pertuturan bahkan lebih dari itu adalah sarana untuk menimba ilmu pengetahuan agama. Maka adalah dikesalkan jika orang Islam meninggalkan bahasa Arab yang juga dikenali sebagai Bahasa Syurga dan lebih menyedihkan mengangap bahasa Arab tidak relevan didalam kehidupan seseorang muslim.
     Kebanyakan insan yang mempelajari bahasa Arab adalah didorong oleh perasaan ingin tahu   jauhar   Bahasa Arab secara intensif dengan menghadiri pelbagai kursus dan mempelajari pelbagai method yang sering dipertingkatkan demi mamajukan keupayaan menguasai bahasa Arab dan kefahaman secara global.

Namun begitu, sejauh manakah keberkesanan yang   dicapai oleh mereka melalui sistem atau kaedah yang sedia ada telah diguna pakai? Sungguh sukar untuk menjawab soalan yang abstrak ini, disamping kesuntukan masa yang terhad dan kesukaran untuk mendapatkan matlumat untuk dianalisa. Tetapi apa yang dapat dikongsi bersama dalam usaha mencari elemen-elemen pemangkin dan mampan untuk merealisasikan keberkesanan mempelajari Bahasa Arab ini adalah satu tanggungjawab yang murni kerana ia akan menyumbang kepada prasarana perkembangan bahasa tersebut disamping menanam sikap dan  budaya mempejari bahasa-bahasa yang lain.

Untuk tujuan ini tidaklah semudah yang kita perkatakan, seperti pepatah Melayu ada menyebut “ berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Ini menunjukkan bahasa Arab ini adalah suatu bahasa yang amat sukar berbanding dengan bahasa yang lain. Ini sememangnya diakui sehingga ia dikenali dengan bahasa “dha”, disebabkan kesukaran bangsa lain menyebut huruf tersebut yang tidak terdapat dalam mana-mana huruf konsonan yang dituturkan oleh sesuatu bangsa yang lain di atas muka bumi ini.

Dalam perbincangan ini, beberapa method yang diakui meningkatkan potensi  keberkesanan mempelajari bahasa Arab dengan mudah dan cepat kerana melalui beberapa modul sahaja mereka bukan sahaja sekadar boleh bertutur bahkan melalui proses yang sama mereka juga bijak menggunakan ( maharah) kemahiran dan ( khibrah) pengalaman untuk mengkaji dan mutala’ah buku-buku dalam bahasa Arab secara ( mutala’ah zatiah) bersendirian.

Pemakaian method-method  ini, boleh kita klasifikasikan kepada tiga method utama seperti di bawah ini :

1 – Method   Asasi ( al-Qae’dah al-Asasiyyah ) :
      a . Pembacaan .
      b . Mendengar dan Visual.
      c . Menulis.
      d   Bertutur.

2 – Method  Pengukuhan ( al-Qae’dah al-Mukathafah ) :
     a .   Pembacaan.
     b.    Mendengar dan Visual.
     c.    Menulis.
     d.    Bertutur.
     e.    Sosial intensif ( Aktiviti Luar ).

3 – Method  Pemantapan ( al-Qae’dah ad-Dhabtiyyah) :
     a . Pembacaan.
     b . Mendengar dan Visual.
     c . Bertutur.
     d .  Menulis.
     e.   Sosial Intensif ( Aktiviti Luar ).
Insya Allah, melalui huraian terperinci setiap method-method ini dan peringkat perlaksanaan akan menjelaskan proses perkembangan luaran dan dalaman pengimplimentasian Bahasa Arab yang baik.

Bagaimana method pembacaan dapat merealisasikan pembelajaran Bahasa Arab dengan mudah dan berkesan?
Perlaksanaan method ini, seharusnya dijalankan secara berperingkat yang mana method yang sepatutnya didahulukan adalah diutamakan demi kelancaran dari segi kualiti dan mutu penguasaan yang baik.

Pendekatan Method Asas Peringkat Pertama
a. Pembacaan ( Qira`ah ).
Method di peringkat ini, adalah merupakan satu peringkat asas yang amat penting merangkumi pembacaan, mendengar, menulis dan bertutur. Pemakaian method dari perspektif pembacaan ( Qira`ah ) adalah bermula dari pembelajaran awal pengenalan dan perbezaan  mengenai huruf-huruf Bahasa Arab, kaedah sebutan   ( kaedah Iqra` ) dan lafaz dialek Arab.

b. Mendengar ( Istima`)
Pemakaian method ini, adalah pemangkin urutan yang pertama. Method ini merangkumi pendengaran menggunakan alat bantuan seperti kaset dialog dan perbualan harian. Proses ini dapat memberi peluang mengenalpasti sebutan dan lafaz yang betul semasa mengungkapkan perkataan ( kalimah ) dan menghindarkankan sebutan yang songsang dan tidak tepat. Pemakaian method ini perlu diulangi sehingga kesilapan dapat dibetulkan dan dalam masa yang sama jika perlu mencatit kesilapan yang  telah dilakukan.

Di dalam method ini juga, melibatkan penontonan filem dokumentari dan diikuti ulasan oleh fasilitator yang bertanggungjawab. Kepelbagaian method yang dicerakinkan akan menambahkan minat audien dan ini akan menimbulkan tindakbalas yang positif.

c. Menulis (Kitabah ).
Pemakaian method ini, adalah pemangkin yang memanpankan lagi urutan yang kedua di atas. Proses pemakaian method ini akan melancarkan perkembangan pembelajaran Bahasa Arab. Penulisan yang dimaksudkan   melibatkan skop yang menjadi modul pembelajaran yang diambil. Ini perlu ditekankan untuk menjamin keselarasan dengan proses urutan yang telah ditetapkan.
Namun begitu, penambahan bahan luaran juga digalakkan untuk mengembangkan lagi reputasi dan potensi Bahasa Arab aidien.

d. Bertutur ( Muhadathah ).
Pemakaian method ini, merupakan peringkat kelancaran setelah melalui urutan-urutan method yang sedia ada. Proses method ini, adalah untuk merealisasikan setiap apa yang telah dipelajari dan menambahkan lagi kemahiran dengan cuba menyelami gaya sebutan dan lafaz asal Arab. Pada peringkat ini juga, perlu disemaikan semangat mencintai bahasa kedua terutamanya Bahasa Arab.

e. Sosial Intensif ( Mukatthaf al-Ijtima’i ).
Pemakaian method ini adalah satu perancangan susulan, inisiatif daripada audien sendiri dalam mengusai Bahasa Arab. Ini termasuk dengan program social, kelab Bahasa Arab dan melakukan aktiviti yang membabitkan penggunaan bahasa Arab seperti mengadakan lawatan serta mententatifkan minggu Bahasa Arab.

Pendekatan Method Pengukuhan Peringkat Kedua
a. Pembacaan ( Qira’ah )
Pemakaian method ini adalah sama tidak berbeza, cuma ianya terdapat perubahn dan penambahan dari perspektif silibus atau kandungan modul. Ini bertujuan menyerapkan audien melalui proses pengukuhan yang sebenar. Peringkat ini. Pembacaan lebih ditekankan kepada gaya tatabahasa ( Nahu ) dan pendekatan perubahan kalimah ( Sorof ). Ini amat penting, untuk memberitahu audien perubahan sentiasa berlaku, penambahan dari segi struktur dan konteks ayat agar audien dapat mengikuti pelajaran dengan mudah dan baik disamping menghindarkan kekeliruan.
b. Mendengar ( istima’ )
Pemakaian method ini seterusnya menggabungkan kemahiran mendengar kaset dan  mencatit keperluan tertentu semasa menonton  filem dokumentari   yang diarahkan oleh fasilitator. Ini bertujuan merangsangkan lagi keupayaan mengesan dan mengarahkan proses pembelajaran Bahasa Arab.
c. Menulis ( Kitabah )
Pemakaian method ini, lebih menjuruskan kepada cara menjawab latihan   karangan  dan juga menulis esei ( Insy’ ) pendek dan mudah. Proses ini bertujuan mendedahkan kepada audien mengenalpasti penggunaan dari segi perkataan disamping mengintegritikan pemakaian tatabahasa ( Nahu ) yang tepat dan betul.
d. Bertutur ( Muhadathah )
Pemakaian method ini seterusnya difokuskan kepada aktiviti-aktiviti di dalam kelas sesama audien dan dibantu oleh fasilitator bagi memastikan penggunaan perkataan semasa  berdialog dan berkomunikasi yang memberi impak yang baik dengan  mengambil kira kekerapan pertuturan mereka. Ini bermakna bertutur dengan menggunakan Bahasa Arab diwajibkan semasa berada di dalam kelas atau kursus.
Peringkat pengukuhan ini perlu kepada pemantauan oleh fasilitator bagi mengemaskinikan kelancaran dan keberkesanan pembelajaran. Manakala pemakaian Method Sosial Intensif pada peringkat ini mengikut keperluan kerana ia juga masih menyumbang kearah pengukuhan pembelajaran Bahasa Arab seterusnya.

Pendekatan Method Pemantapan Peringkat Ketiga
a. Pembacaan ( Qira’ah )
Pemakaian method ini, akan menditilkan dari segi kepelbagaian buku-buku rujukan agar audien tidak begitu terikat dengan satu gaya bahasa yang menarik minat dan penambahan baru seperti pembelajaran ilmu retorika ( balaghah) termasuk badi’, bayan dan juga pembelajaran berkaitan dengan syair, qasidah dan seumpamanya. Sesuatu yang lebih menarik juga pada peringkat ini, pengkaiaan bahasaArab di dalam al-Quran juga akan ditekan memandangkan ia memberikan keistimewaan dalam memperkatakan kehebatan mukjizat al-Quran yang diturunkan dalam Bahasa Arab.

b. Menulis  ( Kitabah )
Pemakaian method ini lebih menekankan penulisan karangan dan surat berserta dengan jumlah perkataan yang sesuai agar dapat dianalisa kemahiran dan keupayaan dalam tempoh masa yang telah ditentukan oleh fasilitator kepada setiap audien.

c. Mendengar ( Istima’ )
Pemakaian method ini perlu dikekal dan diteruskan dengan memperkenalkan system mendengar dan menulis dari unkapan yang diucapkan samada dari fasilitator, kaset, dan filem. Ini termasuk mendengar pada jangka masa tertentu dan menjawab soalan secara terus, hasil  dari program tersebut. Ini akan memberi kekuatan ingatan dan keupayaan berfikir menggunakan perkataan yang sesuai dan tidak lari dari maksud yang diperlukan.

d. Bertutur ( Muhadathah )
Sekalipun pemakaian method ini penting dan berkesan terhadap audien, namun  pada peringkat ini juga perlu bertutur sambil menekankan pengimplimentasian tatabasa dan juga perlu membaiki gaya pembawaan pertuturan agar ia lebih mudah difahami dan jelas.

Seterusnya, Method Sosial Intensif juga dilihat kepada keperluan, bagi membuka minda audien supaya lebih teles dan berkeyakinan dengan pertuturan mereka. Program beramah mesra dengan tenaga pengajar IPTS samada tempatan mauhupun luar negara dan seumpamanya dapat memberi peluang kepada mereka yang berminat mengembangkan lagi penggunaan Bahasa Arab . Tambahan dari itu, progran di radio dan telivisyen juga dapat menghubungkan audien dengan dunia Bahasa Arab.

Penutup 
Pembelajaran dan pendekatan yang berkesan Bahasa Arab Moden pada hari ini sering diperkata dan dibincangkan setiap masa oleh mereka yang prihatin dan cintakan budaya dan peradaban bahasa tersebut.  
 Pendekata, kebanyakan rakyat Malaysia sudah lama menjiwai bahasa Arab bahkan Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri telah mewajibkan di sekolah-sekolah subjek Bahasa Arab. Namun begitu langkah atau pendekatan dari segi modul dan fasilitator yang menyeliakan program perlu peka agar dapat memberi nafas baru yang lebih berkesan dan dapat dijiwai kehebatannya.
 Bertitik tolak dari ungkapan ini, tercetuslah buah fikiran untuk merealisasikan pembelajaran dan penghayatan Bahasa Arab yang berkesan melalui pendekatan method-method seperti yang telah dihuraikan di atas. Saya percaya, sekiranya ia berjaya dilaksanakan hasil integriti antara teori dan praktikal akan melahirkan kredibiliti dan abiliti yang akan mereformasikan lagi tesaurus perbendaharaan Bahasa Arab Moden. 

No comments:

PENDEKATAN BELAJAR BAHASA ARAB SECARA BERKESAN Peringatan Bagi Yang Hidup: PENDEKATAN BELAJAR BAHASA ARAB SECARA BERKESAN PENDEKATAN BELAJAR BAHASA ARAB SECARA BERKESAN