Monday, March 15, 2010

Zat Untuk Tubuh

Kali ini aku cuba nak kongsi bersama keperluan zat untuk badan, sesungguhnya Allah menjadikan setiap perkara dan ciptaannya untuk keperluan manusia. Itulah kelebihan manusia yang tidak ada pada makhluk lain. Bahkan syurga yang indah itupun diciptakan untuk manusia. Antara keperluan zat untuk badan manusia ialah:

1. Zat Besi
Zat besi diperlukan bagi membina sel-sel darah merah yang membantu membawa oksigen keseluruh tubuh. Zat besi yang cukup mampu menghindarkan seseorang berhadapan dengan masalah anemia.
Makanan yang mengandungi banyak zat besi adalah seperti daging merah,hati,ginjal,sayur-sayuran berdaun hijau,bijirin penuh,kekacang dan kismis.

2. Kalsium.
Kalsium merupakan bahan yang penting bagi tubuh manusia bukan sahaja untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat malah pembinaan sel-sel dan perjalanan sistem tubuh badan manusia turut memerlukan kalsium untuk meneruskan fungsinya.
Antara sumber kalsium yang baik adalah hasil tenusu seperti susu dan yoghurt,tauhu,brokoli,ikan bilis dan tulang (sardin,tuna dan ikan bilis) keju, aiskrim,roti dan pelbagai. Nilai pengambilan kalsium yang dicadangkan adalah sekitar 600mg  hingga 1200mg sehari dan bagi wanita mengandung dan ibu yang menyusu nilaian yang dicadangkan adalah sekitar 1200mg.

3. Asid Folik

Ahli kumpulan B. Berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan ,terutama pembentukan sel-sel otak,tulang belakang,organ,kulit dan tulang. Bagi wanita yang hamil, pengambilan asid folik penting penting perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan sebelum dan semasa mengandung. Pengambilan asid folik membantu menghindarkan kecacaan bayi yang dipanggil Neural Defect atau NTD sebanyak 50 ke 70 peratus. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 microgam(400mcg) atau 0.4 mg setiap hari, dua hingga tiga bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung.

4. Fiber
Tanpa fiber atau serat dalam pemakanan akan menyebabkan perjalanan sistem penghadaman tubuh badan manusia menjadi tidak teratur dan menjadi punca pelbagai masalah dan penyakit kepada usus terutamanya usus besar. Fiber banyak didapati daripada dinding sel tumbuh-tumbuhan. Apabila ia dimakan ia tidak diserap oleh usus dan berlalu melalui usus kecil ke usus besar sebelum keluar menjadi ketulan . Jangka masa yang sesuai ketulan keluar setelah makanan dimakan adalah antara 12 hingga 18 jam. Sekiranya melebihi jangka masa ini, ia meningkatkan kanser usus besar.
  Terdapat dua jenis fiber iaitu yang tidak diserap dan yang diserap oleh badan. Fiber yang tidak diserap oleh badan ,menyerap air dan ini menyebabkan ia mengembang dalam perut. Ia menjadikan kita berasa kenyang. Manakala fiber yang diserap oleh tubuh membantu dalam menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Fiber yang tidak diserap boleh didapati daripada kekacang dan bijrin seperti kacang soya,kacang hijau,pea dan badam. Fiber yang diserap adalah sayur-sayuran. Kita memerlukan lima ke sembilan hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dan pelbagaikan jenis hidangan.

5. Iodin
  Diperlukan untuk  merangsang proses pembesaran , perkembangan saraf dan pembentukan sel-sel otak terutama kanak-kanak.  Kekurangan iodin akan menjejaskan kecerdasan otak. Makanan yang kaya dengan zat iodin ialah seperti ikan,udang,sotong,,ketam,kerang dan rumpai laut. Salah satu tanda kekurangan iodin ialah bengkak pangkal leher atau dikenali sebagai beguk yang disebabkan oleh pembesaran kelenjar tiroid. Kesan kekurangan dikalangan kanak-kanak antaranya,kelahiran anak yang mengalami keadaan ciri-ciri kerdil,kerencatan akal dan fizikal serta pekak dan bisu.
  Kesan kekurangan iodin dikalangan ibu hamil pula menyebabkan gangguan terhadap perkembangan otak janin, keguguran ,kematian janin dalam kandungan,kelahiran mati dan kelahiran anak yang juga kekurangan iodin.
  Kesan kekurangan iodin dikalangan remaja,dewasa dan warga emas ialah,tidak aktif, lesu,cepat letih dan beguk. Untuk mengekalkan zat iodin dalam badan, pengguna dinasihatkan supaya tidak terlalu mengambil makanan yang tinggi kandungan goitrogen  seperti pucuk ubi,ubi kayu, kubis,bunga kobis, brokoli dan rebung kerana ia boleh menghalang penyerapan zat iodin.

No comments:

Zat Untuk Tubuh Peringatan Bagi Yang Hidup: Zat Untuk Tubuh Zat Untuk Tubuh