Ahmad at-Thabrani dalam satu riwayatnya menyebutkan bahwa ada empat jenis hati:
1. Hati yang permukaannya licin dan bersih,didalamnya ada pelita yang menerangi. Itulah hati orang mukmin.
2. Hati yang hitam dan terbalik permukaanya iaitu hati orang kafir.
3. Hati yang tertutup dan terikat dalam sampul,iaitu hati orang munafik.
4. Hati yang pipih,didalamnya ada keimanan yang ada padanya seperti tanaman sayur-sayuran yang sihat kerana disirami air yang baik,sedangkan perumpamaan kemunafikan yang ada padanya seperti bisul yang dipenuhi nanah.
Jika hati rosak bukan sahaja jiwa dan rohani yang rosak bahkan fizikal dan tubuh turut akan merosak. Apabila ditimpa penyakit hati maka tubuh akan menjadi kekuningan, lama kelamaan perut akan membusung dan akan membawa kepada kematian. Justeru, kita perlu melatih dan melatih jiwa ini agar ia menjadi kuat dan mantap dengan disirami zikir kepada Allah melalui bacaan al-Quran, solat dan banyak mengingati kepada yang menghilangkan kelazatan(kematian)
No comments:
Post a Comment