Ruangan berita sekarang ini memaparkan ahli politik yang melompat parti dengan alasan yang tertentu antaranya telah sedar bahawa parti tidak memperjuangkan nasib agama dan bangsa. Timbul persoalan difikiran mengapa ini semua terjadi? Seolah-olah tidak ada istiqamah atau teguh pendirian dalam perjuangan. Mudah frust dan tidak menghargai amanah parti dan rakyat yang diwakilinya. Jika benar tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan atas alasan tidak membantu dari sudut kewangan, kenalah fahami puncanya. Adakah ia disebabkan parti tidak cukup duit atau tidak dapat peruntukan apatah lagi dalam keadaan ekonomi pada hari ini.
Kelantan sebuah negeri yang diperintah oleh PAS dan dana peruntukan amatlah terhad tetapi mereka tetap istiqamah dengan perjuangan mereka walaupun terdapat pergeseran dalaman dalam parti tersebut. Tetapi saya yakin mereka dapat menerimanya dengan berlapang dada dan musyawarah, sebab itulah yang dianjurkan oleh Islam. Perasaan tidak puashati terhadap kepimpinan adalah lumrah, sebab manusia ada egonya.Bila ada ego kadang-kadang kita rasa pandangan kita yang betul, sedangkan dalam pemilihan atau muktamar atau mesyuarat telah diputuskan secara 'jamaie' kenalah ikut kata putus yang telah dibuat. Melainkan jika parti telah terkeluar dari landasan Syariat itu sendiri. Saya meluahkan ini bukan menyokong mana-mana pihak samada PAS atau UMNO atau PKR, tetapi rasa sangat tidak bersetuju apabila dapat sokongan rakyat kemudian mengkhianati perjuangan dan rakyat dengan alasan yang pelbagai. Terkini diberitakan lebih 10 Ahli Parlimen akan bertindak keluar Parti. Tindakan ini amat memalukan kerana ia adalah amanah rakyat dan amanah parti yang disokong sebelum ini. Ingatlah dalam surah Al-Mukminun Allah ada menjelaskan bahwa orang-orang yang berjaya adalah mereka yang menjaga amanah dan janji mereka. Tidak takutkah mereka kepada pelanggaran janji yang dibuat? Jika nak lompat parti pun sepatutnya adakan pilihan raya semula agar semua pihak berpuashati. Berhenti dari jawatan kemudian adakan pilihanraya semula.
Jangan kita dibeli dengan harga dunia yang tidak ada nilaipun disisi Allah, mencari Redha manusia sehingga sanggup mengadai janji dan amanah yang telah diamanahkan oleh rakyat yang percaya kepada janji-janji yang dilemparkan ketika sebelum menang. Terbaru pulak ahli Parlimen yang memakai kupiah macam Ustaz melambai dengan penuh bangga mengumumkan telah keluar parti. Dengan alasan parti mementingkan kroni dan harta rampasan perang. Mintak kita tidak disibukkan dengan isu yang tidak membawa kemakmuran dan kebahagian negara. Isu liwatnya, isu tidak menghormati ketua negeri, isu lompat parti dan macam-macam isu yang tidak membangkitkan minda dan mentaliti remaja. Cubalah kita disibukkan dengan isu keciciran pelajar disekolah dan cara mengatasinya, bagaimana mengurangkan masalah penganguran dan menambah baikan ekonomi khususnya orang melayu yang ketinggalan yang mungkin dari sikap mereka yang malas dan cepat lupa diri.
Ingatlah semakin besar amanah kita semakin banyak soalan-soalan yang diajukan dimahkamah Tuhan Rabbul Jalil. Marilah kita bersama-sama rasa semangat hormat-menghormati dan menjadi contoh tauladan kepada generasi akan datang. Jika pemimpin menunjukkan sikap ala gengsternya dan egoistiknya sehingga tugas sebenar dilupakan, bagaimana nak menjadi contoh kepada generasi akan datang. Semuanya akan dipersoalkan oleh Tuhan atas setipa perbuatan kita.
Pandangan ini tidak berpihak kepada parti yang tertentu cuma luahan dari rasa tidak seronoknya dengan apa yang berlaku. Yang jelas tidak salah jika nak bertukar parti mungkin tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan tetapi kena gentle, letak jawatan dan buat pertandingan semula samada atas tiket BN atau Bebas.
No comments:
Post a Comment