
Perpustakaan di Bagdad ketika itu menghasilkan sejuta buku dalam simpanannya hasil tulisan ulamak-ulamak kerajaan Islam Abbasiyah. Kekayaan in menggambarkan Bagdad telah menghimpunkan puluhan ribu sarjana Islam dalam bidang agama, sains, falsafah dan perubatan.
Ahli-ahli sejarah Eropah mengakui bahawa kemajuan Eropah hari ini dibina setelah mempelajari kemajuan dari kerajaan Islam Andalusia. Bermula abad ke lima belas orang-orang Eropah mempelajari aspek keilmuan,sains dan teknologi dari Andalus dan membawa balik ke negara mereka untuk dibangunkan. Selepas peperangan salib,usaha untuk mengubah Eropah daripada zaman kegelapan kepada pembaharuan dilakukan sehingga timbul zaman renaisance yang memulakan kebebasan dari segi agama,penulisan,kebudayaan dan pencapaian cemerlang dalam bidang sains dan sastera. Maka terjadilah Eropah sebagaimana yang kita lihat hari ini. Semuanya hasil mereka yang mempelajari tamadun Islam di Andalus.
Malangnya kita hari ini asyik berkelahi antara satu sama lain. Ini akan menyebabkan fokus terhadap apa yang penting tergendala. Wang dihabiskan untuk memenangkan parti-parti masing-masing. Sepatutny digunakan untuk kebangkitan ilmu dan rakyat.
No comments:
Post a Comment