Cukuplah aku dah takda masa,dah tua, dah terlalu lambat ntuk memulakan sesuatu". Kata-kata ini biasa kita dengar , tetapi jarang kita fikirkan akibat kesan kepada orang yang menuturkannya. Jika seseorang sudah berfikir seperti diatas dia sebenarnya telah meletakkan titik noktah daripada meneruskan cita-cita atau impian yang pernah disimpannya. Dia telah memerangkap dirinya dalam kotak dukacita dan putus asa, dengan memberi alasan yang berbagai, sedangkan usianya baru 40 tahun serta masih bertenaga.
Masalahnya dia memilih untuk menyerah kalah!Sebenarnya manusia mengeluh menyesali peluang-pelunag yang terlepas diperingkat usia muda mahupun tua. Kita sering mendengar keluhan seperti 'Alangkah baiknya jika aku belajar betul-betul dulu"" Kalau aku mula berniaga masa muda dan tak pilih makan gaji, tentu sekarang aku hidup senang". Kitaran fikiran sebegini jika masih tidak berubah maka ia kan berkeadaan sama pada masa akan datang.
Sebenarnya bukan usia yang menjadi penghalang seseorang mencapai impian atau matlamatnya. Manusia berkembang dan sepatutnya mempertingkatkan dirinya sepanjang masa. Sematkan kedalam minda bahawa anda tidak akan berhenti belajar dan menikmati perkara-perkara baru dalam hidup. Mengapa menghadkan masa untuk anda mencapai matlamat dan impian. Hidup pasti diteruskan,maka teruskanlah usaha dan nikmatinya setiap hari sepanjang hidup. Selain itu elakkan dari meratapi nasib. Semua orang melalui pengalaman hidup yang hampir sama ,kita sama-sama menghadapi saat-saat bahagia, duka ,berjaya dan gagal. Bezanya mungkin darjah kebahagian ,kedukaan,kejayaan atau kegagalan itu yang bergantung kepada usaha dan nasib masing-masing. . Yakinlah bahawa usaha yang bersunguh-sungguh dan tak mengenal menyerah adalah asas kepada pencorakkan kehidupan seseorang. Sedar atau tidak kita sebenarnya mempunyai banyak peluang untuk belajar dan menjadikan impian menjadi kenyataan. Setiap daripada kita diberi kemampuan untuk berkembang dan menjadi manusia. Samada kita mahu menggunakan kemampuan tersebut atau tidak terpulang kepada diri masing-masing. Satu perkara yang pasti, usaha tersebut mesti dimulakan sekarang dan bukan ditunggu esok atau seminggu lagi! Jika hari ini anda mula berkata"tunggulah." Beberapa tahun akan datang tidak mustahil akan mengulangi kata-kata seperti, " Kalaulah dulu aku...."

No comments:
Post a Comment