Penyelidikan baru mengesahkan bahawa daya ingatan dan fungsi otak yang lain merosot pada kadar berbeza apabila usia kian tua ,walaupun seseorang itu sihat.Bagaimanapun para saintis lebih berminat untuk mencari cara mengekalkan fungsi otak apabila manusia semakin tua.
Kajian-kajian lalu menunjukkan otak setengah warga tua berjaya membuat penyesuaian baru, manakala yang lain mula lemah.
Para saintis mendapati kemampuan otak boleh dipercayai jika seseorang sering melakukan aktiviti fizikal. Bersenam bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh,tetapi juga otak. Kajian menunjukkan corak aktiviti otak seseorang yang berusia 72 tahun menjadi lebih baik apabila dia mula melakukan senaman berjalan tiga hari dalam seminggu.
Selain itu, golongan yang berpindidikan tinggi,melakukan pekerjaan lebih mencabar dan mempunyai kehidupan sosial yang lebih baik lebih sihat dari segi kognitif apabila berusia,berbanding mereka yang tidak banyak berfikir atau kerja. Otak sering digunakan,menghubungkan jaringan-jaringannya dengan lebih baik. Termasuklah melakukan permainan latihan otak. Otak yang sihat mempunyai banyak cabang dihujung sel-sel otak yang membolehkannya saling berhubung. Lebih banyak seseorang belajar atau melakukan latihan, lebih kerap pula cabang-cabang ini berhubung.
Berbeza penyakit Alzheimer yang menyebabkan neuron mati dan sel-sel terhapus,penuaan tidak menyebabkan sel otak mati. Sebaliknya cabang-cabang dihujungnya semakin mengecut,dan sukar menghantar mesej-mesej. Sebab itu seseorang sering lupa apabila usia kian meningkat Lazimnya otak membuat penyesuaian apabila cabang-cabang lama kurang berfungsi. Jadi dinasihatkan mereka yang meningkat usia terus melakukan aktiviti atau bersenam,serta menggunakan otak mereka, dan otak akan membuat penyesuaian dengan sendiri.
Jadi dengan penjelasan ini rajin-rajinlah kita menggunakan otak dalam aktiviti harian kita. Walaupun ia berat untuk kita bermula tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi kebiasaan.

No comments:
Post a Comment