Friday, February 19, 2010

Undang-Undang Jenayah

PENGENALAN

1.         Erti Jenayah.             Perkataan jenayah sudah diketahui umum maksudnya. Walaupun demikian elok juga dijelaskan perkataan tersebut dari sudut perundangan Islam. Jenayah dalam perundangan Islam adalah nama bagi tiap perbuatan atau tindakan yang ditegah (diharamkan) oleh syarak, sama ada mengenai harta atau jiwa atau tubuh badan.

2.         Ada ahli-ahli hukum (pakar undang-undang Islam) yang mengkhususkan penggunaan istilah jenayah itu kepada perbuatan-perbuatan yang mengenai tubuh badan atau nyawa sahaja.

3.         Ibn Rushd dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid telah membuat pembahagian jenayah kepada empat bahagian:

a.         Jenayah ke atas tubuh badan dan nyawa seperti mencederakan manusia atau membunuhnya.
b.         Jenayah ke atas harta benda seperti mencuri, merompak dan sebagainya.
c.         Jenayah ke atas keturunan seperti zina.
d.         Jenayah terhadap maruah dan kehormatan seperti menuduh zina ke atas orang yang baik budi pekerti, yang diistilahkan sebagai “qazaf”.

4.         Termasuk juga dalam bahagian ini perbuatan meminum minuman yang memabukkan, kerana dengan perbuatan itu akal yang sepatutnya dipelihara dengan baik, telah dinodai dan dicemari, sama ada ia mabuk atau tidak. Dengan perbuatan itu kehormatan akal sudah tercabul, yang akibatnya membawa kepada kehilangan maruah.

5.         Jenayah menukar agama dari agama Islam kepada lainnya yang dinamakan murtad juga termasuk di dalam bahagian ini, kerana perbuatan murtad itu mencemarkan nama baik agama Islam, malahan menjatuhkan kehormatan diri sendiri.

6.         Jika dibuat kesimpulan bagi pengertian jenayah yang dimaksudkan itu, dari segi perundangan Islam, maka didapati bahawa jenayah itu adalah melakukan sesuatu yang ditegah oleh hukum syarak seperti membunuh, mencuri, meminum arak dan sebagainya, atau pun meninggalkan sesuatu yang disuruh oleh hukum syarak, seperti sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya. Kedua-dua jenis perbuatan itu sama ada meninggalkan sesuatu yang disuruh atau melakukan sesuatu yang dilarang adalah dikira melakukan jenayah, dari sudut undang-undang Islam.

 PANDANGAN ISLAM TERHADAP JENAYAH

 7.         Jenayah adalah suatu masalah moral yang dipandang berat oleh Islam. Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan ketenangan dan kerukunan hidup masyarakat seluruhnya. Sekiranya jenayah berleluasa, maka keselesaan hidup masyarakat telah terjejas. Dengan penjelasan itu, keamanan dan kedamaian telah hilang, sedangkan Islam itu sendiri adalah agama yang memberikan kedamaian dan keamanan kepada masyarakat. Apabila kedamaian dan ketenangan telah hilang, maka seolah-olahnya Islam itu sendiri tidak berfungsi, maka dari sinilah timbulnya masalah jenayah itu sebagai masalah yang dipandang berat oleh Islam.

8.         Dalam menghadapi jenayah, Islam mempunyai pandangan khusus, yang amat menekankan peri mustahaknya jenayah itu dihapuskan atau setidak-tidaknya dikurangkan kejadian-kejadian itu dari terus bertambah dari hari ke hari.

9.         Dunia moden hari ini sedang berhadapan dengan perbuatan-perbuatan jenayah pada umumnya terus meningkat hari demi hari. Apabila suatu jenayah berlaku, sama ada dilakukan oleh seorang, atau beberapa orang maka, yang sudah pastinya akibat dari perbuatan itu ditanggung oleh masyarakat umum. Masyarakat akan menerima sengsara, lebih-lebih lagi yang menjadi mangsa perbuatan jenayah itu. Oleh itu apakah patut penjenayah itu dibiarkan sahaja ianya berleluasa melakukan jenayahnya itu, yang jelas mengganggu dan menyeksa masyarakat umum, atau memang sepatutnya penjenayah itu diberi balasan dan pengajaran yang secukup-cukupnya, supaya ianya tidak lagi melakukan jenayah.

10.       Perbuatan jenayah adalah perbuatan yang terkutuk. Orang-orang yang melakukannya adalah dianggap telah melakukan kesalahan besar yang sewajarnya diberi balasan yang paling setimpal dengan kesalahan itu. Di dalam Islam telah disediakan balasan-balasan yang amat sesuai dengan kesalahan-kesalahan jenayah itu, dengan tujuan memberi perlindungan kepada umum dari ancaman penjenayah dan mengawal jenayah itu sendiri dari merebak. Dengan itu maka wujudlah ketenteraman dan kedamaian dalam masyarakat.
 BENTUK-BENTUK HUKUMAN BAGI KESALAHAN JENAYAH
 11.       Bagi keseluruhan kesalahan jenayah, agama Islam telah memperuntukkan tiga bentuk hukuman bagi dilaksanakan oleh pemerintah yang tiap-tiap satunya dikhususnya untuk kesalahan-kesalahan tertentu, seperti yang akan dijelaskan nanti. Bentuk-bentuk hukuman itu adalah:

            a.         Hudud                                                             c.         Takzir
b.         Qisas

No comments:

Undang-Undang Jenayah Peringatan Bagi Yang Hidup: Undang-Undang Jenayah Undang-Undang Jenayah