Tuesday, February 16, 2010

Muamalat

 Diruangan ini saya ingin menerangkan fiqh muamalat berkaitan dengan al-Bai' Bithaman Aajil, Bai' Salam dan Bai'u Al-Istisnaa'

JUAL DENGAN HARGA TANGGUH (AL-BAI’-BITHAMAN AAJIL)

1. Jual dengan harga tangguh atau jual dengan bayaran ansuran ialah menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan bayaran harganya sehingga ke satu masa yang ditetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur.

2. Jualan ini bertentangan dengan jual Salam, yang mana jual Salam ini dibayar secara tunai tetapi penyerahan barang sahaja yang ditangguhkan di satu masa yang lain.

JUAL SALAM (BAIU’ AL-SALAM)

3. Salam disebut juga dengan perkataan Salaf iaitu akad jual beli yang mana bayaran harganya secara tunai (semasa akad) dan penyerahan barang ditangguhkan ke suatu masa yang tertentu.

RUKUN JUAL SALAM

4. Rukun jual salam adalah seperti berikut:

a. Pembeli/al-Muslim
b. Penjual/al-Muslam Ilaihi
c. Barang/al-Muslam Fihi
d. Harga /al-Muslam
e. SighahIjab/Qabul dengan perkataan Salam. Contohnya “ Aku jual kereta ini, jenis……buatan…… dengan harga RM…. Secara Jual Salam akan diserahkan pada ………

TEMPAHAN (BAI’U AL-ISTISNAA’)

5. Tempahan (Bai’u al-Istisna’ ialah akad jual beli dimana pembeli menempah atau memesan kepada penjual untuk membuat sesuatu barang yang dikehendakinya supaya disiapkan dalam tempoh tertentu dengan harga dan cara bayaran yang ditetapkan. Akad jual beli itu adalah atas barang yang akan dibuat oleh penjual.

6. Contohnya, seorang pembeli menempah sebuah meja makan dengan seorang penjual perabut dengan harga RM 1000.00 untuk disiap dan diserahkan dalam tempoh masa sebulan. Penjual hendaklah menyerahkan meja itu pada tarikh yang ditetapkan semasa akad berkenaan.

RUKUN TEMPAHAN

7. Rukun tempahan adalah seperti berikut:

a. Pembeli dipanggil “Penempah”
b. Penjual dipanggil “Tukang”
c. Barang yang ditempah
d. Harga
e. Sighah :Ijab qabul

No comments:

Muamalat Peringatan Bagi Yang Hidup: Muamalat Muamalat