Wednesday, February 10, 2010

Mengumpat dan Batasannya

     Di dalam ruangan yang terluang ini saya ingin berkongsi idea dan  muhasabah diri dalam perkara yang kerap kita laku tetapi hina di sisi Allah iaitu mengumpat. Mengumpat bererti mencela dan menyebut sesuatu yang tidak baik terhadap seseorang sedangkan orang yang diumpat tidak ada ketika itu.  Seandainya dia mendengar kata-kata tersebut pasti akan menimbulkan permusuhan dan persengketaan.
Mengikut Hujatul Islam Imam Ghazali rahimahullahu Taala dalam perkara batas-batas percakapan yang boleh dikategorikan sebagai mengumpat ialah menyebut keaiban individu yang boleh menimbulkan kemarahannya jika berita itu didengarinya.  Dan keaiban itu termasuk yang berkaitan dengan kekurangan pada badan, keturunan, perangai, perbuatan, perkatan, agama, kehidupan harian hingga sampai ke peringkat pakaian dan rumahnya

Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
 (Surah al-Hujurat ayat 12)
Mengumpat adalah perbuatan yang dicela oleh Allah kerana kesan yang timbul selepasnya amat buruk dan menakutkan.  Orang yang mengumpat kemungkinan besar mampu menarik perhatian orang lain untuk membenci individu tertentu.  Namun apa akan terjadi sekiranya umpatan  itu tidak tepat dan benar. Bukankah ini satu penganiayaan yang amat berat. Kebencian orang lain terhadap individu yang diumpat itu akan berterusan sedangkan mereka yang mendengar umpatan tersebut ada ketikanya tidak pernah bermusuh dengannya. Dan bagaimana pula jika umpatan yang pada mulanya disuarakan secara rahsia dan tersembunyi sampai kepada individu tersebut melalui saluran yang tidak disangka-sangka.  Pasti akan wujud pergaduhan dan permusuhan yang berpanjangan sedangkan Islam melarang keras umatnya tidak bertegur sapa dengan saudara seIslam selama lebih dari tiga hari.
Perbuatan mengumpat bukan sahaja dianggap seperti memakan daging saudaranya sendiri malah diletakkan ke tahap yang lebih rendah dari perbuatan zina. Ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabda baginda:
“Jauhilah dari perbuatan mengumpat kerana ia lebih jahat lagi daripada zina.  Sekiranya seorang lelaki itu berzina dan memohon taubat nasuha pasti Allah akan mengampuninya. Orang yang mengumpat pula tidak akan diampuni Allah sehingga orang yang diumpat itu memaafkan kesalahan yang dilakukan.”
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud:
“ Ketika aku sampai di Baitul Maqdis di malam Isra’ dan Mikraj aku melihat satu kaum yang menggaru muka dengan kuku mereka hingga luka dan aku bertanya kepada Jibril siapa mereka.  Maka Jawab Jibril : “Mereka ini adalah di kalangan orang yang mengumpat dan memalukan saudara mereka.”
Bagaimana keadaan orang yang mengumpat sermasa di akhirat pula? Mengikut Hujatul Islam Imam Ghazali rahimallahu Taala: “Allah Taala telah berfirman kepada Musa a.s, sesiapa yang bertaubat dari dosa mengumpat ketika hendak mati dan diterima taubatnya maka dia adalah orang Islam yang paling akhir memasuki syurga. Dan sesiapa yang tidak bertaubat sehingga dia mati maka mereka adalah orang yang pertama memasuki neraka.”
Lihatlah betapa hina dan deritanya orang yang suka mengumpat dan mengekalkan dosa ini hingga ke akhir hayat. Penderitaan yang tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak dapat digambarkan oleh fikiran akan diterima di akhirat nanti sedangkan matlamat akhir bagi orang yang bernama Islam ialah syurga Allah.
Namun bukan semua perkataan yang boleh menyakiti hati individu itu dianggap mengumpat kerana umpatan itu sendiri ada had-had yang dibolehkan. Mengikut Islam ada enam perkara yang mengharuskan mengumpat iaitu:
1.  Memberitahu keburukan orang yang menzalimi dirinya kepada pihak berkuasa agar diambil tindakan dan hukuman.

2.  Melaporkan kepada pemerintah akan tindakan seseorang pemimpin yang melakukan kezaliman atau maksiat agar dapat menghukum atau mengambalikan mereka kepada kebaikan.

3.  Menceritakan kejahatan seseorang seperti bapa atau adik dan sebagainya kepada Mufti atau orang yang layak mengeluarkan hukum bagi mendapatkan fatwa. Ini berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. mengenai seorang wanita yang ingin meminta fatwa daripada baginda berkenaan sikap suaminya yang bakhil dan kedekut sehingga anak dan isteri tidak mendapat pakaian dan makanan yang secukupnya. Oleh itu beliau bertanya kepada baginda s.a.w. adakah boleh bagi beliau dan anak-anak mengambil makanan dan pakaian tanpa pengetahuan suaminya.  Baginda s.a.w. mengizinkan perlakuan tersebut .”

4.  Harus memberitahu orang ramai akan kejahatan seseorang yang terbukti melakukannya bagi menyelamatkan orang Islam lain dari terpedaya dan tertipu seperti peminjam wang yang terbukti tidak pernah membayar semua wang yang dipinjam sedangkan dia ingin membuat pinjaman baru.

5.  Diharuskan menyebut keaiban seseorang yang kita pasti jika tidak disebut keaibannya  pasti orang lain tidak mengenalinya seperti buta atau tempang atau sebagainya.

6. Harus menyebut kejahatan orang yang telah terkenal kerana melakukan kejahatan dan maksiat seperti minum arak, makan rasuah, perogol dan sebagainya.

Kata Imam Hasan al-Basri pula: “Tiga perkara sekiranya dilakukan atau diperkatakan tidak dianggap sebagai mengumpat iaitu orang yang suka membuat bidaah, orang fasik yang melakukan maksiat sekiranya diajukan perkataan ini kepadanya dia tidak marah dan pemimpin atau ketua atau siapa sahaja yang berkuasa yang melakukan kezaliman.” Kebanyakan para ulama telah sepakat mengatakan bahawa orang yang mengumpat saudara seIslam perlu memohon keampunan darinya sendiri bagi menghapuskan dosa mengumpat. Namun ada juga ulama yang memberikan altenatif lain bagi menghapuskan dosa tersebut.  Antaranya Imam Hasan al-Basri r.h. berpendapat memadailah bagi pengumpat itu bertaubat dan menyesal serta memohon kepada Allah agar mengampuni dosa orang yang diumpatnya tanpa perlu memohon maaf darinya.  Beliau mengambil hukum berdasarkan sabda baginda s.a.w. yang bermaksud:

“Kaffarah (penghapus dosa) bagi orang yang mengumpat memadailah dengan memohon ampun untuknya.”

Sidi Ali al-Khawas r.h pula berkata: “Sebahagian dari perkara yang dapat menahan seseorang untuk mencapai martabat yang tinggi di sisi Allah ialah mengumpat seseorang muslim. Sesiapa yang termasuk di dalam kategori orang yang mengumpat hendaklah membaca al-Fatiha, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas serta hadiahkan pahalanya kepada orang yang diumpat agar tercatat di dalam buku kebajikannya. Demikianlah yang diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. ketika aku bermimpi berjumpa denganya.”
Walaupun wujud berbagai pendapat ulama mengenai cara-cara bertaubat dari dosa mengumpat tetapi bagi kita adalah lebih baik menjauhinya.  Ini kerana kesempatan untuk mengumpat memang banyak dan terhidang di depan mata tetapi kesempatan untuk bertaubat belum pasti lagi. 

No comments:

Mengumpat dan Batasannya Peringatan Bagi Yang Hidup: Mengumpat dan Batasannya Mengumpat dan Batasannya