Tuesday, January 12, 2010
Pasal Kalimah "Allah"
Dengan nama Allah yang Maha PEMURAH LAGI Maha Mengasihani. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah yang memberi nikmat Iman dan Islam. Kita akhir-akhir ini dikejutkan dengan penggunaan kalimah Allah bagi penganut kristian didalam penulisan majalah “The Herald” edisi Bahasa Melayu. Apa yang menariknya isu ini telah membawa perdebatan dan perbincangan dikalangan ilmuan Islam dan juga ahli politik
Secara keseluruhannya penggunaan kalimah Allah tidaklah salah bagi penganut bukan Islam menggunakannya, Cuma dalam konteks Negara Malaysia penggunaan kalimah tersebut tidak dibenarkan bagi menjaga sensitiviti masyarakat melayu muslim yang tidak mahu kalimah tersebut di manipulasikan oleh pihak tertentu untuk mengucarkacirkan pemikiran melayu Islam yang memang dah berhadapan dengan pelbagai gejala keruntuhan moral dan akhlak serta kebejatan ilmu dan ekonomi. Apa tidaknya pelbagai masalah orang melayu Islam terpaksa hadapi, masalah keciciran disekolah, haruan makan anak , buang anak, hisap dadah, mat rempit, mek bohsia,ajaran sesat, hiburan melampau,zina, khalwat,keruntuhan rumahtangga,perpecahan politik, rasuah dan macam-macam lagi yang menimpa orang melayu muslim. Belum dengan cerita isu murtad. Jika ditambah lagi dengan isu kalimah Allah ni bertambah lagi derita orang melayu muslim.
Bagi saya semangat assabiyah kemelayuan ni ditambah pula dengan melayu muslim perlu wujud dalam setiap mereka yang bernama melayu, supaya tidak mudah diganggu gugat dengan bangsa –bangsa yang lain yang cuba mengambil kesempatan diatas tolak ansur,kesian belas, mudah kesian dan macam-macam lagi. Kita tidak pernah menganggap yang bukan melayu ni kelas kedua dalam Negara kita. Mungkin dari sudut hak-hak yang membezakan antara melayu dan bukan melayu. Jika muslim dinegara yang minority seperti di Burma. Hak muslim di Myanmar dikesampingkan dengan mengistiharkan mereka ini pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang Burma Citizen-ship Law 1982 yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah Junta Burma tahun 1982. Akibatnya golongan muslim Rohingya tidak diiktiraf sebgai warganegara. Apa jadi keadaan mereka. Mereka ini dipukul,ditangkap,tidak diberi pendidikan dan macam-macam lagi bentuk kekejaman yang lain. Puak ni datang ke Malaysia menagih simpati. Sebab atas dasar persaudaraan Islam.
Sebaliknya berlaku keatas penduduk pendatang dari Cina dan India mereka diterima baik dalam Negara ini. Diberi hak untuk mengaut kekayaan Negara. Diberi hak pemilikan rumah, diberi hak untuk beribadat dan mendirikan rumah ibadat. Bayangkan dikawasan sekitar Sentul sahaja hanya terdapat 13 buah masjid dan 62 buah Surau dibandingkan dengan kuil berjumlah 72 buah, gereja sebanyak 20 buah dan tokong Buddha sebanyak 440 buah. Manakala seluruh Kula Lumpur terdapat 64 buah gereja,192 buah kuil,819 buah tokong Budda dan hanya 59 buah masjid serta 218 buah surau. Dalam kajian yang lain, diSelangor mempunyai penduduk 4.8 juta penduduk. Islam mewakili 2.5 juta atau lebih dari 50 peratus. Jumlah masjid diSelangor sebanyak 259 buah dan surau 939 buah surau. Manakala cina Budda berjumlah 1.3 juta dengan tokong mereka sebanyak 1015 buah dan orang India beragama Hindu seramai 647 ribu orang dan kuil Hindu berjumlah 810 buah yang berdaftar, kalau tak berdaftar lebih banyak lagi. Nahhhhh.... inilah toleransi orang melayu muslim. Jika kita melayu muslim terus menerus alpa dan leka dengan hiburannya, dengan jiwangnya samada disekolah apatah lagi di Universiti, dengan sifat dengki dan khianatnya, berebut jawatan dan pangkat dan macam-macam lagi yang tak larat nak disebut disini saya rasa orang melayu boleh merempat di nagara sendiri. Macam sejarah Andalus dimana selepas 500 tahun dibawah kekuasaan Islam akhirnya jatuh ditangan kristian akibatnya semua Orang Islam dihalau dari Negara dan dibunuh oleh tentera-tentera kristian. Kita bermohon kepada Allah supaya pemimpin-pemimpin parti politik melayu bersatu demi Islam dan Survival Melayu. Duduk berbincang demi mengembalikan semangat persaudaraan Islam. Bukan hanya kepentingan diri,cuba nak jadi juara tapi juara demi kepentingan diri sendiri.
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment