Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.
Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'. Petikan dari Malaysia Kini.
Adakah semua perbuatan itu merupakan tindakan balas akibat Gereja dibakar??? Atau ada unsur sabotaj dari pihak tertentu untuk melihat perkelahian antara agama???? Atau sengaja membakar sentimen perkauman untuk cuba melihat tahap kesabaran antara kaum yang berada di Malaysia???? Atau adakah ini cuma gurauan untuk seronok-seronok???
Hakikatnya ini tidak akan terjadi jika bangsa melayu dan umat islam bersatu. Bersatu atas dasar Islam sebagai asas kukuh untuk menyatukan ummah. Tetapi bagaimana ingin bersatu jika maki hamun, hina menghina dan kata-kata menyakitkan hati dilemparkan antara satu sama lain. Bila perasaan kasih dan sayang tidak wujud bagaimana nak menimbulkan perpaduan,apabila kepentingan peribadi didahulukan bagaimana nak membantu dengan cara ikhlas terhadap mereka yang memerlukan. Apabila diberi bantuan dan berbuat baik mereka cuba mengambil kesempatan. Kita orang melayu penuh dengan perasaan hasad dan dengki,tak boleh lihat orang lain berjaya. Cuba cari jalan nak menjatuhkan orang lain. Kita diciptakan tuhan dari jiwa yang satu, kemudian diberikan isteri dari sana muncullah manusia untuk saling kenal dan saling menyayangi. Itu arahan tuhan, jika melakukan kesilapan mohon maaf dan permohonan hendaklah diterima. Sebagai manusia dianugerahkan emosi,yamg pelbagai, ada perasaan marah,benci dan sayang. Perasaan itu juga adalah jelmaan sifat tuhan. Tetapi sifat tuhan sayangNya dan RahmatNya melebihi sifat marah. Justeru tanamkanlah dihati jiwa kita perasaan sayang dan kasih. Belajar dari kesilapan yang lalu bahawa perpecahan merugikan bangsa dan agama.

No comments:
Post a Comment