Monday, December 7, 2009

Sembang dengan Mesin Taip Buruk

Di zaman rasulullah tak sampai 23 tahun dakwah rasul, berduyun-duyun orang kafir quraisy masuk Islam kerana keindahan Islam yang dibawa oleh Rasul, tak ada rasuah, tak minum arak,tak berjudi, hubungan antara suami isteri dan anak-anak baik dan pelbagai lagi.

Ini semua adalah kepimpinan dari Rasul yang mengikut akhlak Quran. Semua tertarik dengan peribadi Nabi. Malangnya dinegara kita Malaysia yang berpuluh tahun diperintah oleh orang Islam yang mengaku Islam sebagai agama rasmi makin lama makin jauh dari ruh agama, anak-anak derhaka,hisap dadah, bohsia, mat rempit, filem dan drama orang melayu berunsurkan lucah dan macam-macam lagi sehinggakan masyarakat takut dengan situasi sebegini. Nak keluar pintu pagar rumah pun bimbang pasal anak-anak kita. Kalau kita pun bimbang apatah masyarakat bukan melayu sudah pasti tidak mempercayai Islam sebagai agama yang benar. Agama yang membawa kebaikan. Sepatutnya kita yang memerintah mampu membawa mereka ini kejalan Tuhan Yang Esa. Itulah yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu. Nabi Sulaiman seorang Raja tetapi memberi amaran kepada Ratu Balqis supaya memeluk Islam jika tidak negara diserang. Baca kisah dalam al-Quran.
Adapun mereka yang bukan Islam membaca Quran, bertakbir dengan niat untuk berdakwah manalah tahu kot-kot tergerak hati mereka untuk menerima Islam. Ini bukan sedikit ramai para sarjana dan saintis memeluk Islam hasil penyelidikan mereka tentang Islam. Napoleon Bonaparte ketika beliau di negara Mesir mengikuti kuliah dan program anjuran ulamak-ulamak dan mufti sehingga dari situlah sejarah menyatakan bahawa beliau tertarik dengan Islam dan mati dalam Islam. Jadi ada perbezaan pendapat ulamak yang membenarkan perkara tersebut. Adapun pasal tanah orang melayu diberikan pada DAP untuk bela babi mungkin disana ada sebabnya. Kita terkejut apabila di Negeri Perak Kerajan ketika itu dibawah Pakatan Rakyat telah memberi tanah kepada orang Cina dan dimiliki selama 999 tahun sedangkan dalam perjanjian ada menyatakan kerajaan negeri boleh ambil semula jika diperlukan dengan membayar pampasan. Tetapi kita pejam mata ketika banyak tanah orang melayu di Johor, Pahang, Perak, N. Sembilan dan Melaka dijual oleh pemimpin kerajaan kepada orang asing dan masuk poket sendiri. Ini realiti yang berlaku. Ketahuilah bahawa mereka yang takut kepada Tuhan, tahu azab yang pedih jika mengkhianati amanah tidak akan menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri dan keluarga. Adapun Tuan Guru Nik Aziz takut pada tuhannya, seboleh mungkin memerintah berpaksikan pada Islam. Tuan guru sayangkan rakyatnya dan rakyatnya adalah dibawah tanggungjawabnya dan asabiahnya pada rakyatnya tidak menyalahi Islam. Nabi Musa ketika melihat seorang Qibti iaitu puak Firaun berkelahi dengan seorang berbangsa Yahudi puak NABI mUSA lalu nabi Musa menumbuk orang Qibti tersebut lalu mati yang asal mula adalah sifat asabiah dan sayangnya Nabi Musa kepada kaumnya Yahudi, walaupun nabi Musa dibesarkan dalam Istana oleh Firaun tetapi baginda melihat kekejaman Firaun(Bangsa Qibti) keatas bangsa Israel hinggakan tergerak tangannya menumbuk dan dengan sekali tumbuk sahaja mati orang tersebut. Ketika itu Nabi Musa belum diangkat menjadi Nabi. Dari kecil baginda melihat kaumnya dihina dan dan dianggap kelas kedua akhirnya lahirlah pemimpin dari kalangan Bangsa Israel untuk membebaskan kaumnya dari kekejaman Firaun. Selepas peristiwa itulah barulah nabi Musa lari dan diangkat menjadi Nabi dan seterusnya berdakwah kepada Firaun agar menyatakan Tuhan Ynag Esa. Jadi tidak salah jika kerajaan Kelantan menuntut haknya yang lebih 2o tahun dinafikan, walaupun atas dasar minyak. Ingat saudara-saudara bahawa mereka yang ada Agama sangat-sangat takut mengkhianati agamanya,bangsanya dan negaranya. Kita mengaku agama Islam tetapi jauh dari petunjuknya,percaya atau tidak kita bertanya dengan jujur kepada diri sendiri. Jika kita mengaku kita mukmin jangan memperlekehkan orang yang cuba mendaulatkan Islam dalam kehidupan kelak kita binasa.

No comments:

Sembang dengan Mesin Taip Buruk Peringatan Bagi Yang Hidup: Sembang dengan Mesin Taip Buruk Sembang dengan Mesin Taip Buruk