Kaum Qathan itu menimbulkan 2 keturunan besar iaitu Himyar dan Kahlan. Dari kaum Himyar itu adalah keturunan Raja2 yang memerintah negeri Yaman yang bernama” Tubba” selain dari Tubba ialah kaum Quddaah, Banu Kilab,Tanukh,Juhainah,Banu Sulaih,, banu Nahd, Banu Uzrh, dan Banu Sha’ban.
Dari Kahlan terpecah kepada puak yang mashor iaitu AZAD, Thai’,Muzhaj, Hamdan,Kindah, Murad dan Inmar. Dari Kabilah Azad itulah keturunan Raja2 Ghassan dan dari keturunan Ghassan itulah lahirnya keturunan Aus dan Khazraj yang tinggal di Yatrib(Madinah)
Adapun Adnan yang sampai nasabnya kepada Nabi Ismail bin Ibrahim yang berkahwin dengan keturunan Jurhum yang kedua, maka turun temurunlah anak cucu Ismail sehingga sampai ke Adnan. Adnan melahirkan seorang anak lelaki namanya Nizar dan Nizar pula melahirkan 4 orang anak iaitu Ayyad, Anmar, Rabi’ah dan Mudhar. Keturunan Mudhar dan Rabia’ah inilah yang berkembang ditanah Arab sekarang ini.
Mudhar banyak serpihannya salah satunya yang terbesar ialah Banu Qais, Kepada Qais itulah bernasab banu Hawazin dan Salim. Dari Qais itu juga turun Banu Ghatfan dan dari Ghatfan itu turun Zabyan dan Absin . Banu Absin dan Zabyan nilah yang diperangi oelh Saidina Abu Bakar setelahNabi wafat kerana murtad.
Salah seorang anak dari Mudhar ialah Ilyas. Sukunya yang mashor ialah Tamin bin Murr,Huzail bin Mudrikah dan Banu Asad bin Khuzaimah dan Kinanah bin Khuzaimah. Dari Kinanah ini menurunkan Quraish iaitu nama kecil dari fihr bin Malik bin Nadhar bin Kinanah.
Quraish terbahagi kepada beberapa kabilah yang mashur ialah Jumah ,Sahm,Adi bin Ka’b,Makzum bin Yaqzath,Zuhrah bin Kilab,Abdul Daar bin Qusai, Asad bin Abdul Uzza bin Qusai dan Abdul Manaf bin Qusai.
Keturunan Abdul Manaf ini terpecah kepada empat iaitu Abdi Sham, Naufal, Abdul mutalib dan Hashim . Dari keturunan Bani Hashim itulah lahirnya Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim. Demikianlah pecahan dari Bani Mudhar.
Adapun pecahan dari Bani Rabiah yang termashur ialah Bani Asad,Wail dan Wail terpecah kepada Bani Bakr dan Bani Taglib. Kedua-dua puak ini bermusoh berpanjangan dan berperang sehingga hampir musnah kedua-duanya.
Diantara Banu MUDHAR dan Banu Rabi’ah besar pula permusuhannya sehingga beratus tahun lamanya. Demikianlah ringkaan nasab bangsa Arab dan keturunannya walaupun ada perbezaan pandangan dikalangan ahli sejarah.
No comments:
Post a Comment