MENGAPAKAH al-Quran banyak menyebutkan tentang
kisah-kisah pelbagai kaum yang berakhir dengan
kehancuran? Ia adalah supaya manusia sentiasa beringat
bahawa segala bentuk kejahatan itu adalah warisan
kehancuran yang mesti ditinggalkan
Jenayah
homoseksual adalah peninggalan kaum Nabi Lut,
kesombongan dan kezaliman adalah budaya Firaun,
manakala gaya hidup bermegah-megah dan melampau telah
dipelopori oleh kaum Nabi Hud. Penolakan terhadap
seruan iman pula telah berlaku semenjak diutuskan Nabi
Adam AS seterusnya berlanjutan hingga kerasulan
Muhammad SAW.
Orang yang berasa dirinya suci kadang-kadang memandang
orang lain dengan pandangan hina. Mereka sepatutnya
memahami hakikat bahawa tiada seorang pun di atas muka
bumi ini yang terlindung daripada kejahatan dirinya
sendiri melainkan Nabi dan Rasul-Nya. Kerana aura
kejahatan itu merebak di setiap sudut dan ruang dalam
kehidupan sehari-hari. Hanya orang beriman saja yang
boleh selamat, iaitu mereka yang memiliki sikap
sentiasa berjaga-jaga dan waspada terhadap amal
perbuatannya yang mudah dicemari oleh unsur-unsur
kejahatan.
Sepertimana sikap Umar bin al-Khattab RA yang amat
berhati-hati dengan gangguan kejahatan pada dirinya
sendiri. Beliau bertanya kepada seorang sahabat:
"Apakah yang dimaksudkan dengan takwa?" Sahabat
menjawab: "Pernahkah kamu melewati satu jalan yang
dipenuhi duri-duri yang tajam? Pasti kamu akan
berhati-hati melaluinya supaya tidak terpijak
duri-duri itu. Begitulah keadaan orang yang bertakwa,
dia sentiasa beringat dan menjaga dirinya daripada
kejahatan dan maksiat yang boleh membahayakan iman.”
Kebaikan dan kejahatan memberi kesan dan pengaruh pada
setiap pergerakan manusia. Abdullah bin Abbas pernah
berkata: "Kebaikan memiliki cahaya pada wajah dan
hati, melapangkan rezeki, menguatkan badan dan disukai
setiap makhluk Allah SWT. Sedangkan kejahatan
mengakibatkan kegelapan pada wajah dan hati, lemahnya
badan, sempitnya rezeki dan kebencian di hati setiap
makhluk." Kebaikan dan kejahatan ini akan hidup
sepanjang hayat manusia dan terkubur bersama jasadnya
ketika mati.
Begitulah hakikat diri kita dicipta hanya untuk
bertarung melawan kejahatan dan bersabar melakukan
kebaikan. Segala sesuatu yang kita lakukan tidak
pernah terlepas dari dua kutub yang saling tarik
menarik; kejahatan dan kebaikan. Kedua-duanya memberi
kesan terhadap perasaan, pemikiran dan pergerakan kita
setiap hari. Apakah kesan maksiat yang dapat dirasa
dalam hati dan peribadi? Kita memerlukan kejujuran
untuk menjawabnya. Benarkah kata-kata Ibnu Abbas di
atas?
l Kegelapan di dalam hati
Hati yang suram angkara maksiat tidak mampu menangkap
cahaya kebaikan. Apabila maksiat itu telah menjadi
darah daging, akibatnya tidak terdetik pun rasa takut
melakukan maksiat itu. Hatinya hilang rasa, tidak
sensitif dan ragu-ragu lagi melakukan maksiat. Yang
paling teruk apabila dia menganggap maksiat itu adalah
kebaikan. Atau menilainya sebagai perbuatan yang
dimaafkan kerana rahmat Allah Taala. Buta hati!
Begitulah keadaan orang yang akhirnya menganggap
kejahatan sebagai suatu kebaikan sepertimana dalam
firman Allah yang bermaksud: ”Katakanlah: Apakah akan
kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang
paling merugi perbuatannya? " Iaitu orang-orang yang
telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia
ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat
sebaik-baiknya.” – (Surah al-Kahfi: Ayat 103-104)
Tetapi seorang hamba Allah yang beriman amat sensitif
hatinya terhadap dosa seakan-akan melihat dosa yang
ringan ibarat gunung yang akan menghempapnya. Alangkah
dahsyatnya kesan melakukan maksiat, tak kira yang
ringan dan kecil sekalipun. Kerana dosa besar itu
bermula dari melakukan yang kecil. Zina bermula dari
pandangan mata dan senyuman, kemudian berkenalan yang
melahirkan rindu dan mahu sentiasa bersama. Bermula
menyentuh kulit tanpa sengaja akhirnya ingin memegang
dan bersatu jiwa dan raga.
Begitu pula penipu kelas jerung sememangnya telah
terbiasa melakukan penipuan kelas bilis, sedikit demi
sedikit hingga tidak terasa bahangnya dosa dan maksiat
yang telah sebati dalam jiwanya. Betapa pentingnya
kita menjaga perkara-perkara yang kecil kerana ia
boleh membesar secara senyap. Dosa besar bermula dari
melakukan dosa kecil. Semua ini menyumbang kepada
kegelapan di hati. Bagaimana mungkin rahmat Allah SWT
jatuh di hati yang gelap, kotor dan busuk. Melainkan
dengan ketentuan-Nya siapapun boleh diselamatkan jika
Allah Taala berkehendak.
l Kegelapan di wajah
Pelaku maksiat sentiasa diikuti bayang-bayang dosa dan
rasa bersalah. Hatinya tidak tenang, wajahnya pula
menyimpan kesusahan dan kegelisahan. Walaupun di
hadapan orang ramai semua itu boleh disembunyikan
tetapi dia akan sampai pada tahap tidak boleh
menyembunyikan aibnya lagi. Ketika itu Allah Taala
telah menyingkap hijab dirinya dan terbukalah segala
cacat cela di hadapan manusia. Jika pandangan orang
telah menghina dan memburukkan diri kita akibat
perbuatan kita sendiri maka kita tidak akan mampu
menampakkan keceriaan dan seri pada wajah. Yang
tinggal hanya kesedihan, rasa bersalah dan gelisah
akibat maksiat yang merendahkah maruah diri sendiri.
l Sempitnya rezeki dan kebencian orang lain
Ummul Mukminin Aisyah RA pernah menuliskan surat
kepada Khalifah Muawiyah RA yang berisi: "Ketahuilah
orang-orang yang telah melakukan maksiat kepada Allah,
maka orang yang memujinya berbalik akan mencelanya."
Seorang pemimpin negara seperti Khalifah Muawiyah bin
Abu Sufyan RA sentiasa menjadi tumpuan rakyatnya. Oleh
itu Aisyah RA berwasiat agar sentiasa sang khalifah
menjaga hubungannya dengan Allah Taala dan jangan
sekali-kali bermaksiat kepada-Nya kerana perbuatan
maksiat itu akan mempengaruhi setiap keputusan sang
khalifah dalam mentadbir negara. Seterusnya memberi
kesan kepada rakyat, adakah mereka memuji atau
membencinya?
Tiada seorangpun manusia yang suka melihat kejahatan
berleluasa. Sekecil apapun kejahatan tetap kejahatan
dan membawa bala kepada orang lain. Seperti seorang
Muslim yang melihat Muslim lain meletakkan keretanya
di tepi jalan yang mengganggu jalan kenderaan lain
akan merasa benci dengan perbuatan saudaranya itu.
Kejahatan bermula dari perkara yang kecil, akhirnya
membawa kepada kejahatan lain. Pertengkaran dan buli
di atas jalan raya boleh terjadi dan akhirnya
menumpahkan darah.
Bagaimana pula orang yang dibenci itu boleh
bermuamalat dengan orang lain, sedangkan peniaga yang
berakhlak buruk tentulah akan dijauhi. Begitu pula
dengan orang yang suka menahan rezeki saudaranya,
apatah lagi mendengki, ibarat mahukan milik orang
lain, yang di tangan sendiri pasti akan terlepas.
Tiada keberkatan dalam rezekinya dan dia kehilangan
kasih sayang daripada saudara-saudaranya seiman.
Al-Imam al-Syafie pernah mengeluh dan bersedih
menanggung kesan dan akibat maksiat yang beliau
rasakan dalam hatinya, beliau mengadu kepada Waki'
(salah seorang guru al-Syafie) dalam untaian syairnya:
”Aku mengadu kepada Waki'mengenai buruknya hafalanku;
beliau memberi petunjuk kepadaku agar aku meninggalkan
maksiat; Beliau berkata: Ketahuilah bahawa ilmu adalah
cahaya; sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan
kepada pelaku maksiat."
Monday, December 21, 2009
Pelaku maksiat tidak hidup tenang

Labels:
tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment