Friday, December 11, 2009

Arab Sebelum Masehi

Menurut sumber sejarah arab terbahagi kepada tiga:
1. Arab Baidah:
Berkata ibnu Khaldun: “Adapun A’ad ialah keturunan dari A’ad bin A’us bin Iram bin Saam. Tempat tingal mereka yang mula-mula di Ahqaff-ArRaml diantara Yaman dan Oman.

Berkata Masu’di: “Yang berkuasa sesudah A’ad ialah Shidad. Keturunannya itulah yang meluaskan kuasanya ke Iraq, Sham dan Hindi.
Satu cabang lagi dari A’ad iaitu Ubail cabang saudara dari A’ad bin Aus. Tempat tinggal mereka di Juhfah batas antara negeri Mekkah dengan Madinah.
Adapun kaum Thamud ialah keturunan Thamud bin Kastir bin Iram. Kampung mereka di Hajar dan Wadil Qura antara Hejaz dengan Sham. Rumah mereka diatas bukit-bukit berbatu yang dipahat.
Berkata Mas’udi: “Kaum Thamud itu berkuasa diantara Hijaz dengan Sham, sampai ketepi pantai lautan Habshi. Rumah tempat mereka tinggal diatas bukit yang mereka pahat”.
Jadis dan Thasmin menurut keterangan Ibnu-Kalbi ialah keturunan dari Iram bin Saam. Kampung mereka di Yamamah, mereka bersebelahan dengan kaum Thamud.
Adapun yang bernama kaum Amaliq ialah keturunan Amliq bin Lauz. Berkata Thabari:” keturunan Amliq berkembang dengan pesat, mereka terpisah antara satu sama lain sehingga penduduk arab Timor adalah pecahan mereka, penduduk Oman dan Hejaz adalah keturunan mereka, bahkan Firaun yang memerintah Mesir ada yang datang dari keturunan mereka. Raja-raja yang berkuasa di Sham yang bernama kaum Kan’aan juga berasal dari keturunan mereka.
Al-Jarjani menguatkan bahawa keturunan Amliq itu ada menjadi Firaun di MESIR. Menurut setengah riwayat tempat tinggal mereka di Parsi. Ada satu cabang bernama Hadhura kampungnya di Rass, agama mereka menyembah api.(Majuzi)
Adapun Hadramaut tidaklah dimasukkan pengakaji kedalam golongan Arab purbakala tetapi dari kalangan Arab ‘Aribah, kerana keturunan mereka masih ada yang tinggal dikurun ini.
Ada lagi yang bernama Jurhum. Menurut keterangan Ibnu Sa’id, Jurhum itu terbahagi kepada dua. Pertama Jurhum Lama termasuk umat Arab yang telah musnah dan ada Jurhum kedua iaitu keturunan dari Jurhum bin Qathan. Ketika Ya’rab bin Qathan memerintah Yaman dinobatkan saudaranya yang bernama Jurhum menjadi raja di Hijaz.

No comments:

Arab Sebelum Masehi Peringatan Bagi Yang Hidup: Arab Sebelum Masehi Arab Sebelum Masehi