Friday, November 27, 2009

Sahabat

Sahabat menjauhkan diri

Sahabat adalah tempat mereka mengadu, mendapat sokongan dan meluahkan perasaan. Kebanyakan remaja amat mempercayai sahabat dan sanggup menceritakan semua rahsia mereka.

Bagaimana pula sahabat yang selama ini amat dipercayai tiba-tiba menjauhkan diri? Situasi ini pasti membingungkan anda. Cuba fikirkan, tanpa disedari anda mungkin sudah melakukan sesuatu yang membuatkan sahabat berasa ‘jengkel’ dengan anda.

Mungkin anda bersikap seperti di bawah ini :

Kemaruk bercinta:

- Saat bercinta sememangnya indah belaka. Jika boleh, hampir setiap masa mahu dihabiskan bersama si dia. Jangan lupa, kerap memberi perhatian kepada si dia membuatkan anda sukar membahagikan masa bersama sahabat. Apabila anda sering menolak pelawaan sahabat dengan alasan untuk menemani si dia, ia secara tidak langsung membuatkan sahabat anda berasa bosan.

Malah, jika bersama sahabat pun topik perbualan anda hanya mengenai cinta dan si dia. Bagi sahabat yang belum memiliki kekasih, cerita seperti ini tentu amat membosankannya.

Hanya bercerita mengenai diri anda:

- Kerap kali bercerita mengenai diri atau pengalaman anda tidak ada salahnya, tetapi apabila sudah terlalu kerap bercerita perkara yang sama, ia tentunya membosankan. Malah, jika terlalu kerap bercerita mengenai diri ia boleh mendorong sahabat menganggap anda suka bercakap besar dan membangga diri pula.

Kaki mengumpat:

- Kadang kala anda suka bercerita mengenai orang lain apabila bersama bersahabat, tetapi tanpa anda sedari, anda sebenarnya memiliki sikap suka mengumpat orang lain dan ia boleh menimbulkan rasa sakit hati kepada sahabat.

Terlalu manja:

- Jangan sangka sahabat berasakan anda kelihatan ‘comel’ jika bersikap terlalu manja. Sikap terlalu manja sehingga tidak boleh berdikari sebenarnya boleh merimaskan sahabat anda. Sikap sebegitu sebenarnya boleh mendorong anda menjadi seorang yang mengada-ngada.

Suka bertanya:

- Tidak dinafikan sikap suka bertanya sesuatu yang positif. Bagaimanapun, jika setiap hari asyik bertanyakan perkara yang sama, sudah tentu ia menimbulkan rasa bosan terhadap sahabat anda.

Anugerah Dari Kegagalan

SEKALI gagal tidak bermakna anda gagal selamanya - Bagi remaja yang mengalami kegagalan dalam pelajaran, pekerjaan, temuduga ataupun percintaan, prinsip ini perlu dihayati.

Perlu diingat, salah satu rahsia kejayaan ialah tidak takut mengalami kegagalan. Setiap kegagalan itu sebenarnya bukan saja membuatkan anda lebih matang, tetapi peluang untuk memperbaiki diri.

Mungkin panduan di bawah ini boleh dihayati bagi remaja yang menghadapi kegagalan :

Belajar dari kegagalan:

- Setiap kegagalan atau keburukan itu ada hikmahnya. Cuba kenal pasti apa kelemahan anda dan jadikannya sebagai panduan untuk berjaya.

Ubah sikap:

- Tinggalkan sikap lama anda dan ubah sistem kerja kepada yang lebih positif.

Bersabar:

- Kesabaran membuatkan anda lebih tabah dan yakin untuk lebih berjaya pada masa depan.

Tabahkan diri:

- Ketabahan sebenarnya kunci kepada kebahagian dan kejayaan seseorang. Kejayaan tidak datang dalam masa yang singkat dan anda perlu terus berusaha.

No comments:

Sahabat Peringatan Bagi Yang Hidup: Sahabat Sahabat