Wednesday, November 18, 2009

PESANAN IMAM SHAFIE UNTUK MENCARI SAHABAT

A. Mencintai Sahabat.
• Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, sama aeperti aku mencintai sanak saudaraku.
• Sahabat yang baik adalah yang sering bersama denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
• Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam keadaan suka atau duka. Jika itu yang ku dapat, aku berjanji akan selalu setia padanya.
• Aku sering menghulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana akau pasti akan berasa senang.
• Semakin ramai aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri sendiri.

B. Mencari Sahabat Waktu Susah.
• Belum pernah ku temui dalam dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar antar suka dan duka. Dalam apa jua keadaan aku sering bertanya “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?”
• Pada waktu aku senang, sudah menjadi kebiasaan ramai yang akan iri hati, namun bila tiba giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

C. Pasang Surut Persahabatan.
• Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun ketika musibah menimpaku, ku dapati mereka tak ubah seperti roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.
• Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.
• Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut erita mereka bersorak sorai.

D. Mengasingkan Diri.
• Apabila tidak bertemu dengan sahabat yang taqwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

E. Kesukaran Mencari Sahabat.
• Tenanglah kau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.
• Cucilah kedua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.
• Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah ku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.
• Ku tinggalkan orang bodoh kerana kejelekannya dan ku janji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

F. Sahabat Sejati Waktu Susah.
• Kawan yang tidak dapat dimanafaatkan ketika susah, lebih mudah mendekati musuh daripada sebagai kawan.
• Tiada yang abadi dan tidak ada kawan sejati kecuali menolong ketika susah.
• Sepanjang hidupku, aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati sehingga pencarianku melenakan ku. Ku kunjungi seribu negara, namun tiada satu negara pun berhati manusia.

G. Rosaknya Keperibadian Seseorang.
• Dalam diri manusia ada dua macam potensi : Penipuan dan Rayuan.
• Dua hal yang tersebut seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.
• Apabila engkau perlukan pertolongan mereka bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri.

H. Menghormati Orang Lain.
• Barang siapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati.
• Siapa yang menghina orang lain, ia juga akan dihina.
• Siapa berbuat baik kepada orang lain, dia beroleh pahala dan siapa yang berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

I. Menghadapi Musuh.
• Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.
• Ketika musuhku berada dihadapanku aku sentiasa menghormatinya. Segalanya itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.
• Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatan ku kepada orang yang ku benci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.

J. Tipu Daya Manusia.
• Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat dengan ku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.
• Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tesesat, tidak seperti manusia jahat, yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.
• Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.
K. Tempat Mengantungkan Harapan.
• Apabila engkau inginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.
• Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu mengormati tamunya, sentiasa bersikap baik ketika hidup mahupun setelah mati.

L. Menjaga Nama Baik.
• Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kesihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.
• Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
• Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintai mu dan sikap ramah tamahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.
• Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tiada gunanya cinta yang dibuat-buat.
• Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana ia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia kan memungkiri jalinan cinta dan akan menampakkan hal yang dahulunya menjadi rahsia.

No comments:

PESANAN IMAM SHAFIE UNTUK MENCARI SAHABAT Peringatan Bagi Yang Hidup: PESANAN IMAM SHAFIE UNTUK MENCARI SAHABAT PESANAN IMAM SHAFIE UNTUK MENCARI SAHABAT