Didiklah isterimu.......
Wahai para suami...
Terkadangkala tergambar di benak fikiran sesetengah daripada kita bahawa kita telah membuat pilihan yang salah ketika memilih isteri. Sehingga ianya sentiasa bermain dibenak fikirannya. Akhirnya, mengubah perasaan terhadap isterinya sendiri. Seterusnya cinta akan berubah menjadi benci. Kasih sayang akan berubah menjadi kemarahan. Ketenangan akan berubah menjadi ketegangan.
Suami-suami. ...
Ingatlah dengan firman Allah yang bermaksud “Dan gaulilah mereka (isteri-isteri) dengan baik. Maka jika engkau membenci mereka, maka mudah-mudahan apa yang engkau benci itu adalah satu dan Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak” (Al Nisa. 19). Sabda Rasulullah s.a.w pula yang bermaksud “Sesempurna iman seorang mukmin adalah mereka yang baik akhlaknya, dan yang terbaik (pergaulan) dengan isteri-isteri mereka”.Dalam hadis yang lain pula Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Tidak menyisihkan seorang mukmin, mukminah yang lain, jika ia membenci sesuatu daripada akhlaknya.(Sedangka n) ia boleh meredai akhlaknya yang lain”.
Para suami dan para isteri...
Perlulah kita sedar tiada manusia didunia ini sempurna segala-galanya. Yang sempurna hanyalah Allah yang bersifat Al Kamal. Tidak sepatutnya kita sentiasa melihat dan mengira-ngira kekurangan pasangan kita. Sedangkan kita tidak pernah menghitung kekurangan dan kesalahan yang kita lakukan.
Wahai saudara-saudaraku. ..
Janganlah kita sekali-kali mengambil peluang daripada kelemahan yang ada pada isteri kita. Dan janganlah sekali-kali kita mencari jalan untuk berselisih faham walaupun perkara yang dilakukan oleh isteri kita itu kecil. Ingatlah firman Allah Taala yang bermaksud “…….maka jika isteri-isteri berlaku taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan (kesalahan untuk berselisih faham lagi). Sesungguhnya Allah Maha Tinggi dan Maha Besar”. (Al Nisa. 34).
Sahabat-sahabatku
Satu ketika Saidina Ali r.a telah ditanya oleh seorang bapa, “sesungguhnya aku mempunyai seorang anak perempuan, dengan siapakah sepatutnya aku kahwinkan dia”. Saidina Ali r.a menjawab “kahwinkahlah ia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, maka jika ia menyayanginya, ia akan memuliakannya. Maka jika ia memarahinya ia tidak akan menzaliminya( menyakitinya)” .
Ingatlah para suami...
Jika engkau mendambakan isteri yang tiada kekurangan dan kelemahan, ketahuilah sesungguhnya engkau adalah seorang yang ego dan mementingkan diri sendiri sahaja. Engkau hanya mahu membolot kesejahteraan hidup seorang diri. Sebenarnya kekurangan isteri kita boleh dibetulkan dengan lemah lembut tanpa memerlukan kekasaran. Muawiah bin Ubaidah pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w apakah antara tanggungjawab suami kepada isteri. Lalu Rasulullah s.a.w menjawab, “Engkau memberi makan apa yang engkau makan. Engkau memberi pakaian apa yang engkau pakai. Dan jangan sekali-kali engkau menempeleng dan memburuk-burukknya. Juga jangan sekali-kali engkau menyisihkannya keluar dari rumah”.Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud.
Wahai suami...
Tidakkah kamu mahu menerima anugerah Allah Taala yang amat besar diakhirat kelak. Tahukah kamu apakah balasan yang akan dianugerahkan oleh Allah kepada suami-suami yang berlaku baik terhadap isteri-isteri mereka. Renungilah mafhum hadis ini “Mereka yang berlaku adil di hari kiamat kelak akan bertahta di singgahsana yang diperbuat daripada cahaya. Di sebelah Al-Rahman (Allah). Mereka adalah (orang) yang berlaku adil ketika menghukum dan (berlaku adil) terhadap isteri-isteri mereka, dan orang yang di bawah tanggungjawabnya” . Hadis riwayat Imam Muslim.
Ingatlah para suami...
Isteri-isteri kamu sanggup meninggalkan ibu bapa dan saudara-saudara mereka demi mengikut dan tinggal bersama kamu. Oleh itu janganlah sekali-kali kamu mempersia-siakan pengorbanan mereka. Kamulah yang akan mengisi kekosongan tanggungjawab ibu bapa dan saudara mereka. Mereka adalah insan yang lemah dan sering diselubungi emosi. Mereka amat memerlukan perlindunganmu yang dipenuhi dengan naungan kasih sayang, senyuman dan erti kepercayaan. Mereka juga memerlukan tunjuk ajar yang baik, nasihat yang berguna dan dakwah yang berhikmah. Ingatlah isteri kita adalah ibu kepada anak-anak kita. Ia juga adalah sekolah kepada anak-anak kita. Sebagaimana syair Arab ada menyebut:
Ibu adalah sekolah jika engkau menyediakannya,
Ia akan menyediakan rakyat yang baik dan agung.
Monday, October 26, 2009
Didiklah Isterimu

Labels:
tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment