Sunday, October 25, 2009

Betul ke ni???

Betul ke ni????

1) Lelaki, jika anda bertanya "Apakah awak cintakan saya?" selepas
setahun perhubungan, mereka akan menjawab "Ya, saya cintakan awak".
Tetapi hakikat sebenarnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain
untuk soalan itu seperti (i) "Ya, rasa-rasanyalah" (ii) "Mestikah
saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?"
(iii) "Bergantunglah apa maksud cinta kepada pandangan awak"
(iv) "Penting sangatkah?" dan (v) "Who, me?"

2) Anda tidak perlu meminta pendapat ikhlas lagi jujurnya mengenai
diri anda dan anda tidak payah minta dia memuji-muji yang awaklah
kekasih atau gadis paling cun di dunia yang fana ini, kerana
hakikatnya, bila terlihat ada perempuan yang asal ada rupa lalu di
hadapannya, dia merenung terbeliak-beliak seperti air liur mahu
jatuh meleleh.

3) Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang-
rancang, kerana baginya, apa yang terjadi, biarlah takdir yang
menentukan. Dan keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba memandai-
mandai menjadi Miss Perfect Planner. Jika lelaki anda jenis ini,
kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4) Lelaki tidak suka dipaksa atau di ubah.

5) Lelaki yang kaki rokok mesti merokok se'pam' dua setiap kali
selepas makan.

6) Setiap kali anda marah-marah atau naik angin dengan si dia, dalam
kepala otaknya cuma ada satu; "Oh dia ni mesti kena sindrom PMS"
walhal dia tidak sedar yang kita sebenarnya marah sebb perangai/
tingkahlakunya yang menyakitkan hati.

7) Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan
pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang pun, cuma sekejap saja
dan dia cepat-cepat mahu menutup kes itu. Beberapa hari berikutnya -
dia buat-buat lupa.

8) Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki stress (i) duit (ii)
kuasa (iii) seks.

9) Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan-kawan
atau familinya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu
penghinaan besar, juga satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10) Lelaki cuma suka lafazkan I LOVE YOU pada peringkat awal
perhubungan. Lama-lama sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk
mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000
jenis signal supaya dia tak amnesia atau nyanyuk atau hilang ingatan
yang dia masih dan perlu mencintai kita.

11) Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik
banyak perhatian waktu berjalan bergandingan. Tetapi jika ada lelaki
lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan
wanita dulu, kerana katanya "Awak yang kuat melayan".

12) Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motor, topi keledar
atau apa-apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13) Jangan kritik cara mereka berpakaian, cara mereka menyapu gel
rambut atau cara mereka menyikat rambut.

14) Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan.
Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan famili atau
sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih
belum yakin sepenuhnya.

No comments:

Betul ke ni??? Peringatan Bagi Yang Hidup: Betul ke ni??? Betul ke ni???