Sunday, October 24, 2010

CINTA

Kalau umat Islam benar-benar cintakan Islam, maka pasti akan tertegak cara hidup Islam yang menyeluruh. Cinta itu buta; buta pada sebarang alasan dan keuzuran demi mengejar keredhaan yang dicintai. Cinta adalah ‘kuasa’ yang hebat dan kuat. Jika cinta telah diserahkan kepada Islam, pastilah Islam itu pula yang nampak hebat dan kuat.

  Kalaulah benar kita cintakan Islam, kita akan bercita-cita besar. Akan terasa apa yang kita inginkan dilaksanakan dalam kehidupan ini adalah luas, seluas ajaran Islam. Kita akan bermati-matian untuk mengamalkan seluruh ajaran Islam sebagai way of life. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada yang sebesar-besarnya. Cinta tidak mengatakan tidak pada sebarang kehendak oleh orang dicintai. Cintakan Islam akan menimbulkan kesempurnaan amalan. Inilah yang dikehendaki oleh Allah SWT di dalam firmanNya:“…Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan…” (Surah Al-Baqarah : Ayat 208)Ruang lingkup perjuangan hidup kita sehari-hari menjadi begitu luas.  Seorang yang benar-benar cintakan Islam tidak akan beramal secara part-time. Tetapi Islam akan menjadi darah dagingnya sehingga full-time malah sentiasa over-time dengan amalan-amalan Islam. Sumbangan tenaga dan pemikirannya tidak akan disukat-sukat oleh ganjaran duniawi seperti gaji, elaun atau komisyen tetapi semata-mata mengharapkan cinta daripada Kekasihnya (Allah SWT).

Walaupun peranan atau tugas seseorang adalah khusus bersandar pada bakat, kemahiran dan kepakaran, tetapi apabila hendak merebut kecintaan, kita tidak boleh mengkhususkannya hanya kepada satu bidang sahaja. Sebagai seorang muslim, kita mestilah versatile dalam amalan Islamnya. Akhlak, sikap dan cakap seorang muslim mestilah ditujukan untuk kepentingan Islam. Ia menjadi basahan hidup umat Islam walau di mana sahaja mereka berada. Walaupun kadang-kala mereka hidup di negara bukan Islam, tetapi amalan-amalan Islam dilaksanakan tanpa sekatan.  Amalan-amalan Islam yang sesuai dengan fitrah ini jika dilaksanakan, tidak ada akta atau undang-undang yang menyekatnya kerana ia sudah menjadi amalan hidup harian.
Rasa kehambaan. Tegasnya amalan Islam tidak dihalang oleh undang-undang. Namun amalan Islam secara syumul tidak akan dapat diamalkan selagi tidak ada rasa kehambaan. Rasa kehambaan inilah yang menentukan sama ada Islam dapat diamalkan secara syumul atau tidak.  Jika rasa kehambaan ada, Islam akan dapat diamalkan sekalipun tidak ada akta yang menyuruhnya. Sebaliknya jika tidak ada rasa kehambaan, kesyumulan amalan Islam tidak akan dapat direalisasikan sekalipun ada akta yang mewajibkannya.
Masyarakat Islam. Hasil dari rasa kehambaan yang ada pada setiap orang, lahirlah sebuah masyarakat yang akhlak dan kehidupan anggota-anggotanya kelihatan begitu indah dan menarik seperti bunga-bunga yang berkembang mekar di dalam taman. Bunga iman dan Islam; hasil tersemainya Al-Quran dan Sunnah dalam jiwa, fikiran dan fizikal manusia. Itulah masyarakat Islam sejati.
WALLAHU ALAM……

No comments:

CINTA Peringatan Bagi Yang Hidup: CINTA CINTA