Benarkah homoseksual mempunyai kaitan genetik? Inilah yang cuba dikaji oleh sekumpulan saintis di Chicago, Amerika Syarikat. Kira-kira seribu pasangan lelaki yang mempunyai pertalian darah mengambil bahagian dalam kajian yang cuba mencari samada gen boleh mempengaruhi orientasi sex seseorang.
Ramai homoseksual bimbang kiranya penyelidikan menunjukkan wujudnya gen gay, golongan itu akan didiskriminasi. Bagaimanapun ada yang menyambut baik kerana jika terbukti orientasi seksual adalah satu ciri yang tidak boleh diubah,maka mereka boleh memperjuangkan hak dari segi undang-undang. Apapun setengah pihak memandang sinis kajian-kajian seperti ini, Mereka mendakwa usaha ini mempunyai agenda pro gay dan hasilnya cenderung menyebelahi golongan itu.
Apapun kita umat Islam bersyukur dengan nikmat agama ini yang melarang keras perbuatan tersebut. Apapun memang terdapat lelaki yang nalurinya terhadap lelaki, ini mungkin adalah beberapa faktor:
antaranya
1. Semenjak kecil dididik oleh ibu bapa sebagai seorang perempuan.
2. Kemungkinan juga pertumbuhan ketika membesar semasa dialam remaja untuk meredakan tekanan nafsu maka yang paling mudah ialah berhubungan sesama jenis kerana tidak mudah diketahui oleh orang lain, khususnya ketika mereka berada diasrama. Ini dikuatkan lagi apabila pasangan yang mempunyai ciri-ciri wanita. Akhirnya perbuatan tersebut menjadi kebiasaan bagi mereka.
3. Apa yang diistilahkan sebagai lelaki lembut adalah kerana sememangnya sifat dilahirkan semulajadi, namun sebenarnya ia boleh dikawal dengan adanya nilai-nila agama yang kukuh dalam diri. Jika dosa dan pahala menjadi sandaran yang kuat maka perbuatan tersebut dapat dikawal. Namun jika telah telah bergelumang dengan keadaan tersebut sukar untuk berubah melainkan perlu proses tarbiyah dan kesedaran yang an=mat tinggi.
4. Doa yang berterusan kepada Allah adalah senjata yang ampuh, kerana doa yang tulus ikhlas akan didengar oleh Allah.
5. Mencari untuk sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga supaya tidak terlibat buat kali kedua dengan cara menjauhkan diri, sentiasa ingat kepada kematian, mencari ilmu pengetahuan berkaitan motivasi, agama dan psikologi serta bertemu dengan mereka yang memahami permasalah tersebut.
Apa yang jelas jika inginkan perubahan, mesti dan bertekad untuk berubah, jika tidak perbuatan tersebut akan berterusan dan jika mati sebelum bertaubat dibimbangi mati dalam keadaan suul khatimah.
No comments:
Post a Comment