Rasullullah SAW dilahirkan pada pagi subuh Isnin 20 APRIL 571 Masehi, bersamaan 20 Rabiulawal Tahun Gajah. Dikenali sebagai tahun gajah adalah kerana pada tahun tersebut tentera Abrahah dengan tentera nya seramai 60 ribu orang bersama-sama gajah telah cuba untuk menyerang Kaabah. Ini adalah kerana perasaan marahnya terhadap Kaabah yang menjadi tempat tumpuan ramai orang. Abrahah adalah seorang Gabenor di negara Yaman yang mana dibawah pemerintahan Raja Habshah. Habsah ketika itu dibawah pengaruh Kristian. Abrahah membina sebuah gereja yang sangat indah diberi nama "Qullais".
Setelah selesai pembinaan dikirimkan berita kepada Raja Najasyi." Telah aku dirikan sebuah gereja,Ya tuanku!Dan aku percaya belumlah Tuanku mendirikan gereja semegah ini. Namun hatiku belum puas sebab orang Arab selama ini berhaji ke Mekkah,nanti aku palingkan hajinya kegereja Tuanku ini". Berita surat ini sampai ketelinga orang Arab lalu bangkitlah seorang pemuka Arab dari qabilah Bani Faqim bin Addiy yang mana dia masuk ketengah gereja dan diberaki didalamnya.
Berita itu sampai kepada Abrahah,lalu dia bertanya siapa gerangan membuat onar ni? Diberitahu bahawa orang arab yang selalu mengunjungi Kaabah. Dia pun sangat marah dan bersumpah akan meruntuhkan Kaabah, diutuskan utusan kepada Bani Kinanah,mengajak naik haji kegereja yang dibinanya itu. Sesampai utusan dinegeri Kinanah dibunuh utusan itu. Saking marahnya Abrahah dan bersumpah segera berangkat ke Makkah. Dia sendiri mengenderai seekor gajah yang diberi nama 'MAHMUD'. Tersebar berita yang Abrahah akan menyerang Kaabah. Maka bermesyuaratlah qabilah-qabilah arab untuk mempertahankan Kaabah. Pemuka yaman ketika itu bernama Dzu Nafar meminta Arab sekitar membantu untuk menentang Abrahah. Tetapi mereka tidak mampu menangkis serangan Abrahah.
Dipendek akan cerita ramai pemimpin arab yang lain antaranya Nufail bin Habib al-Khast'amiy bergabung dengan arab yang lain turut tewas berhadapan dengan Abrahah
Dipertengahan jalan Abrahah mengutusi seorang utusan kenegeri Makkah. Namun utusan itu Aswad bin Maqfud sampai sahaja diwilayah Mekah dirampasnya harta penduduk termasuk 200 ekor unta kepunyaan Abdul Mutalib. Melihat perbuatan itu marahlah puak-puak Arab terdiri dari Quraisy, orang Kinanah dan qabilah Huzail mereka bersiap untuk berperang. Tetapi apabila bermesyuarat mereka membuat kesimpulan bahawa tidakklah seimbang kekuatan mereka untuk berlawan. Abrahah mengutuskan utusan kepada puak Arab" Kami datang kemari bukanlah hendaklah memerangi kalian tetapi semata unutuk merobohkan rumah itu.Kalau kalian tidak menyerang selamatlah darah kalian". Kemudian Abrahah berpesan supaya salah seorang pemimpin datang menghadap beliau. Lalu datang Abdul Muthalib berjumpa dengan Abrahah. Berkata Abrahah' apa maksudmu datang berjumpa dengan ku?. Jawab AbdulMutalib " maksud kedatanganku ialah supaya dipulangkan 200 ekor unta yang telah dirampas". Abrahah marah dengan permintaan tersebut disangkanya membicarakan pasal Kaabah yang hendak dirobohknanya. Dijawab oleh Abdul Mutalib" saya datang kemari menguruskan unta yang menjadi haknya sendiri sedangkan Kaabah adalah kepunyaan Allah biarlah Allah menjaganya". Dengan sombong Abrahah menjawab:' Allah sendiri tidak akan menghambat maksudku". Abdul Mutalib menjawab:' terserahlah kepada tuan aku datang hanya menguruskan untaku". Kemudian diserahkan unta kepada Abdul Mutalib.
Setelah Abdul Mutalib kembali kepada kaumnya dikerahkan penduduk supaya menyelamatkan diri dipuncak-puncak bukit keliling Kaabah. Kemudian Abdul Mutalib diiringi pemuka Quraisy pergi kepintu kaabah sambil memegang gelang pintu Kaabah bermohon::" Ya tuhanku! Tidak ada yang aku harap selain engkau!Sesungguhnya sesiapa yang memusuhi rumah ini adalah musuh engkau. Mereka tidak akan dapat menaklukkan kekuatan engkau". Setelah bermunajat mereka pun mengundurkan diri kelereng-lereng bukit.
Pagi esoknya bersiaplah Abrahah bersama gajah-gajahnya untuk meruntuhkan Kaabah. Tetapi sangat terkejut kerana ketika mereka menghadapkan gajah-gajah untuk memasuki Kaabah gajah tersebut enggan mengikut arahan. Dipukulnya kepala tetap tidak mahu bergerak. Padahal Abrahah sudah siap dan terteranya pun sudah siap. Tiba-tiba dilangit keluarlah beribu-ribu ekor burung terbang menuju kearah mereka. Datangya dari jurusan laut. Burung itu membawa tiga butir batu. Satu diparuhnya dan dua lagi dikakinya. Dengan serentak burung-burung itu menjatuhkan batu keatas tentera-tenteranya yang banyak itu. Maka berlari bertempiaran mereka kerana ditimpa batu kecil yang sangat panas membakar. Kucar kacirlah mereka pulang ke Yaman dan Abrahah sendiri tidak terlepas dari lontaran batu itu sehingga terkelupas kulitnya,gugur dagingnya lalu mati dalam keadaan mengerikan. Ada tafsiran yang mengatakan burung-burung itu membawa penyakit cacar. Yang mana penyakit itu akan menyebabkan kulit akan ditumbuhi bisul yang sangat panas.Dirakam peristiwa tersebut dalam surah al-Fil.
Demikianlah terkenal pada tahun itu dengan tahun gajah. Sesudah 50 hari dari peristiwa tersebut maka lahirlah junjungan besar nabi Muhaamad SAW.
Cerita lengkap sila lihat tafsir Al-Azhar.
Ikuti wawancara dengan Wardina wanita yang dahulunya hidup glamour kini berubah penampilannya disini
No comments:
Post a Comment