Anehnya beginda bukan sahaja dianggap orang paling benar oleh para sahabat dan para pengikutnya tetapi juga oleh musuh-musuh baginda termasuklah Abu Jahal , musuh Islam nombor satu.Pernah suatu ketika datang seorang sahabat Abu Jahal lalu bertanya kepadanya , "ya Abul Hakam, di sini tidak ada orang lain yang akan mendengar perbualan kita kecuali kita berdua .
Sebenarnya aku ingin tahu dari mulutmu sendiri , adakah Muhammad itu seorang yang benar atau pendusta ? " Betapa terkejutnya lelaki ini apabila Abu Jahal menjawab pertanyaannya itu dengan spontan , " Demi Tuhan ! Sesungguhnya Muhammad itu adalah seorang yang benar dan dia tidak pernah sesekali pun bercakap bohong ."
Demikianlah betapa anehnya satu-satunya musuh ketat Islam yang terang-terang mengakui lawannya itu seorang yang benar. Inilah keistimewaan Muhamm ad , baginda dianggap benar sekalipun oleh muh-musuihnya yang paling ketat.
Oleh itu marilah kita sama-sama berpegang teguh kepada apa yang di bawa oleh beginda demi kesejahteraan kita di dunia dan diakhirat .Semoga Allah memberkhati baginda dan seluruh umat baginda Insya Allah…..


Lihat Daftar Isi Keseluruhan !


No comments:
Post a Comment