Saturday, December 12, 2009

Arab Musta'ribah

Arab Mus’taribah (Arab Utara)
Ibnu Khladun berkata : Arab Musta’aribah ialah Arab Yaman dan Arab Sabaa. Ahli keturunan Israel menyangka bahawa nenek mereka Saba dari keturunan Kush bin Kan’an sedangkan ahli salsilah Arab tidak mahu menerimanya. Dan yang betul ialah Saba itu keturunan Qahthan. Sabaa bin Yashjab bin Qahthan.

IbunHazm berkata: “Qahthan mempunyai 10 orang anak lelaki dan dari 10 anak itu tidak mempunyai keturunan. Kemudian 2 dari anaknya mencampurkan kedalam puak Himyar. Lalu disebut Alharts bin Qahthan. Setelah itu melahirkan Al-Aur dan dari sanalah lahirnya Hanzalah bin Safwan, Nabi untuk kaum Rass. Kedudukan Rass diantara Najran dengan Yaman dan dari Hadramaut ke Yamamah.

Berkata Ibnu Said”: Sesudah Ya’rib menjadi Raja puteranya Yashjab menggantikan tempat beliau, dan ada mengatakan namanya yang sebenar ialah”Yaman” Dia mengambil kekuasaan dari tangan saudaranya dengan cara kekerasan. Selepas Yashjab naik pula puteranya Abd Sahm dan dikenali sebagai Abir dan dinamai orang sebagai Sabaa, kerana dia yang memulakan tawanan kepada musuh dan dia yang pertama mendirikan kota Sabaa dan membuat empangan yang dikenali sebagai (Sad Maarib)yang terkenal.
Berkata AlMasudi: Raja Yaman yang mula-mula ialah Sabaa bin Yashab bin Ya’rib bin Qahthan. Lama kekuasaanya 480 tahun. Sesudah dia berkuasa pula puteranya Himyar bin Sabaa bin Yashab bin Ya’rib. Dia sangat berkuasa dan pandai bermain kuda memerintah selama 50 tahun.

No comments:

Arab Musta'ribah Peringatan Bagi Yang Hidup: Arab Musta'ribah Arab Musta'ribah