Thursday, November 5, 2009

Hiburan Sejati

FITRAH semua manusia inginkan hiburan. Pelbagai kaedah dan bentuk hiburan dibuat semata-mata untuk mendapatkan kepuasan. Ada pihak yang dapat mengaut keuntungan dan kekayaan kerana hiburan yang dikormiselkan. Semakin ramai yang berminat untuk terjun ke dalam dunia hiburan. Duit dapat, glamour pun dapat. Lebih-lebih lagi di dunia barat, penghibur-penghibur samada penyanyi atau pelakonnya ramai yang sudah jadi jutawan. Peminat-peminat dan pendapatan mereka sudah mengalahkan ‘presiden’ negara mereka. Soalnya sudahkah penghibur dan orang yang dihiburkan benar-benar terhibur ? Sudah tenangkah jiwanya ?

Manusia perlu kepada hiburan. Cuma yang sering terjadi ialah manusia tersalah memilih hiburan. Hiburan sejati ialah satu perkara yang boleh menggembirakan kita dan ianya bertapak dalam hati. Ia merupakan hiburan yang sesuai dengan fitrah. Tetapi kalau hiburan itu hanya berpusat pada nafsu itu bukan hiburan. Sebenarnya itu perkara yang melalaikan. Malah kita perlu berhati-hati kerana salah satu cara musuh untuk menghancurkan umat Islam ialah melalui hiburan. Mereka mengeksport bahan hiburan sebanyak-banyaknya ke seluruh dunia termasuk dunia umat Islam. Selain hiburan, mereka menonjolkan cara hidup (life style) penghibur-penghibur mereka yang sungguh menghayalkan. Cara ini amat berkesan, terutamanya di kalangan belia remaja. Al hasil mereka menjadi kaya raya, masya-rakat kita jadi rosak dan porak puranda.

Kita mesti membezakan di antara hiburan dengan perkara yang melalaikan. Hiburan itu menenangkan, membahagiakan dan memberi kepuasan pada hati. Dan kesannya berpan-jangan. Sekiranya ada masalah pada ketika itu, ia boleh jadi pengubat jiwa.

Tetapi kalau hiburan berpunca dari nafsu, melalaikan kita sementara waktu. Ketika itu terlupa sekejap pada masalah kerana terpesona pada perkara yang didengar dan dilihat. Lepas itu kita teringat semula kepada masalah, yang membuatkan tekanan dan penderitaan pada jiwa. Padahal kita baru lepas berhibur.

Kalau hiburan itu betul-betul bertapak di dalam hati,ia kekal. Ianya sangat memberi kesan. Kalau sebelum itu ada masalah, dah tak timbul masalah lagi. Kalau datang masalah dah tak ‘lut’. Ia menjadi pendinding.

Sebab itu orang yang mengatakan hiburan sekarang itulah hiburan sebenar, dia terkeliru. Hakikatnya itu bukan hiburan tapi perkara yang melalaikan. Sebab itu, menurut pakar psikologi, golongan penghibur adalah golongan yang paling tak terhibur di dunia. Buktinya, golongan ini banyak frust, berlaku perceraian, terlibat dengan dadah, bunuh diri, dan lain-lain gejala buruk terutamanya di Barat. Dia menghiburkan orang sepatutnya dia yang paling terhibur, paling bahagia, paling tenang. Tapi sebaliknya mereka menjadi golongan yang paling sensitif, paling tak tahan dengan masalah dan kesusahan walaupun kecil.

Hiburan nafsu, hiburan yang bukan hiburan inilah yang sedang berperanan dan berleluasa dalam kehidupan hari ini. Yang menyedihkan manusia makin berhibur makin susah hati. Buktinya orang yang terlibat dengan hiburan jenis ini pemarah orangnya. Boleh bergaul dengan orang lain tetapi sangat sensitif, sangat emosional. Tapi kalau betul hiburan yang membawa bahagia, dia jadi tenang, tak sensitif melulu, tak emosional. Bahkan dalam tercabarnya dia masih boleh ketawa dan senyum lagi.

IMAN ASAS HIBURAN SEJATI

Walau bagaimana pun, iman adalah asas bagi hiburan yang sejati. Firman Allah bermaksud :

“Ketahuilah olehmu dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang”
(Ar-Ra’d : 28)

Orang yang tidak ada iman atau terlalu lemah iman dalam ertikata lemah mengingati Allah, dia takkan dapat kepuasan yang bertapak di dalam hati. Jadi iman itu terlebih dahulu mesti bertapak di dalam hati.

Apabila iman bertapak di hati dengan hanya melihat ciptaan Allah, timbul rasa terhibur, seronok dan indah. Ciptaan Allah samada yang dilangit mahupun yang di bumi. Seperti bulan, bintang, langit, laut, sungai, gunung dan sebagainya. Jadi kalau manusia itu ditanam iman, kemudian meningkat menjadi orang yang bertaqwa , walaupun dia kurang mendapat hiburan di luar, sudah cukup baginya dengan hiburan yang sudah ada di dalam hati.

Tetapi bagi masyarakat yang tidak beriman atau tidak bertaqwa, mereka memerlukan hiburan yang banyak di luar. Sebab itu jadi masalah. Hiburan itu sudah jemu lagi menjemukan. Walaupun sudah bermacam-macam jenis hiburan pun masih menjemukan lagi. Mereka memerlukan kaedah lain untuk berhibur.

Hiburan yang sejati tidak bertukar-tukar. Cuma kalau ada perkara yang yang menghiburkan lagi, ianya adalah tambahan serta menyuburkan .

Orang yang kuat iman bentuk hiburan pun berbeza. Kalau dia tak disakitkan oleh Allah atau tak didatangkan ujian, rasa menderita dia. Dia rasa Allah sudah benci dengannya. Umapama seorang murid yang dikasihi gurunya, ia selalu disuruh buat itu dan ini, dan selalu diminta khidmat oleh gurunya. Bagi yang tidak faham meresa kasihan kerana selalu disuruh tapi bagi murid itu dia faham kasih sayang gurunya itulah hiburan baginya.

Bagi orang yang faham Allah itu memberi kasih sayang melalui ujian sakit, sakit itulah hiburan baginya. Bagi sesetengah orang dia berhibur kalau dapat menghentam orang lain, mengata orang, marah orang, memperkecilkan orang, perli orang. Dalam ilmu psikologi, orang begini paling tidak tahan kalau dia pula dikenakan oleh orang lain. Tapi bagi orang yang bukan hiburannya mengata orang atau menyakitkan hati orang, kalau dia terkena, dia boleh bersabar. Sudah dicabar pun dia masih boleh tersenyum .

Sebab itu kalau persoalan iman ini selesai tak perlu lagi hiburan yang ada sekarang ini. Memadai berhibur dengan membaca Al-Quran, nasyid, selawat dan ibadah-ibadah lain. Selain itu banyak lagi bentuk-bentuk hiburan yang sesaui dengan syariat. Selain mendapat hiburan sejati, ia juga menyelamatkan.

Bagi jiwa yang terhibur, iman sudah bertapak, menerima senyuman dan kemesraan dari orang lain pun sudah cukup terhibur. Sampai teringat-ingat untuk masa yang lama, kadang-kadang sampai bertahun-tahun lamanya. Baru jumpa sekali, kesannya berpanjangan. Kesannya lebih hebat dari melihat penyanyi dan penari yang terlonjak-lonjak di atas pentas. Itu ertinya senyuman itu adalah fitrah. Sabda Rasulullah SAW :

“Senyum simpulmu, kemesraanmu kepada saudara kamu yang lain itu dikira sedekah.”
(Sunan At-Tirmizi)

Semoga kita dapat berhibur dengan hiburan yang benar-benar menapak di dalam hati, bukan hiburan palsu yang berpunca dari nafsu.

Oleh itu orang yang beriman akan dapat hiburan melalui:

1. Berhubung dengan Allah

Khusus di dalam sembahyang. Rasulullah SAW bersabda :“Sejuk mataku di dunia ini dengan solat.”
Hati para muttaqin terhibur dengan sembahyang kerana mereka tersa seolah-olah sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya. Siapa yang tidak terhibur kalau sudah bertemu kekasih ? Yakni Allah.

2. Melaksanakan perintah Allah

Terhibur melaksanakan perintah Allah kerana merasakan perintah itu datang dari kekasihnya. Kalau sudah cinta lautan api pun sanggup direnangi. Seronok dengan ibadah, walaupun orang lain melihatnya terlalu berat untuk dilaksanakan.

3. Bergaul dengan manusia

Orang yang telah mendapat hiburan sejati sikapnya tenang. Apabila bergaul dengan manusia ia terhibur dan menghiburkan. Kasih sayang terpancar dari Wajahnya. Sikap, tuturkatanya menyenangkan. Kasih sayang dalam pergaulan sangat bernilai baginya. Dia menyanyangi dan disayangi.

Dia tidak emosional atau cepat marah. Bagi nabi, rasul, waliullah dan orang-orang soleh mereka cukup terhibur dalam menghadapi karenah manusia. Bila bersalah mudah minta maaf, bila orang bersalah mudah memberi maaf. Pemurahnya nyata. Dia banyak memberi - sedikit menerima.

4. Menerima ketentuan hidup dari Allah.

Hati orang mukmin tidak pernah resah. Mereka sentiasa bersangka baik dengan Allah. Diberi nikmat, rasa terhibur lalu bersyukur. Bila sakit, tersa diberi keampunan, hanya badan yang sakit tapi hati segar dan sihat. Bila sihat terasa disirami rahmat. Bila Allah uji dengan kegagalan, kemiskinan dan penderitaan, hati tetap berjaya, kaya, dan bahagia. Mereka yakin dengan janji Allah :

Celupan Allah : manakah yang lebih baik celupannya dari Allah .
(Al-Baqarah :38)

5. Melihat ciptaan Allah

Orang beriman dapat hiburan dengan melihat alam. Melihat pantai-pantai yang bersih, bukit bukau yang menghijau, laut yang berombak, langit yang membiru, sungai yang mengalir, melihat kerdipan bintang di langit, mendengar kicauan burung. Dengan melihat alam menambah rasa kebesaran Allah di dalam hati. Terasa kehebatan Allah yang maha pencipta. Firman Allah :

“Mereka yang sentiasa mengingati Allah dalam waktu berdiri, waktu duduk dan waktu berbaring dan mereka sentiasa memikirkan tentang kejadian langit dan bumi seraya mereka berkata, “Wahai Tuhan kami, tidak Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, jauhilah kami dari azab neraka “
(Ali Imran : 191)

No comments:

Hiburan Sejati Peringatan Bagi Yang Hidup: Hiburan Sejati Hiburan Sejati